Utusan Borneo (Sarawak)

MPB mantap pengeluara­n, tingkat kualiti lada

Ia merangkumi pelbagai aspek termasuk aktiviti pemasaran, penanaman dan R&D: Mawan

- Oleh Kepu Sidi

PAKAN: Lembaga Lada Malaysia (MPB) berusaha memantapka­n pengeluara­n dan memastikan kualiti lada negara ini berada pada tahap terbaik.

Pengerusin­ya Tan Sri William Mawan Ikom berkata usaha itu merangkumi pelbagai aspek termasuk aktiviti pemasaran, penanaman serta penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D).

Katanya, semua usaha dilakukan untuk meningkatk­an taraf sosioekono­mi penduduk di kawasan luar bandar khususnya pengusaha tanaman lada.

“Usaha ini tidak membuahkan hasil positif sekiranya tidak mendapat sokongan dan kerjasama padu semua pengusaha tanaman lada di negeri ini yang merupakan pengeluar utama komoditi lada.

“Kerajaan melalui agensinya seperti MPB berusaha memberi kesedaran kepada pengusaha tanaman lada tentang pentingnya mereka menjaga kualiti produk lada selain me-

Kerajaan melalui agensinya seperti MPB berusaha memberi kesedaran kepada pengusaha tanaman lada tentang pentingnya mereka menjaga kualiti produk lada selain menambah hasil pertanian tersebut. Tan Sri William Mawan Ikom Pengerusi MPB

nambah hasil pertanian tersebut,” katanya pada perasmian Program Jelajah Sarawak-Jom Tanam Lada Daerah Pakan di sini semalam.

Program berlangsun­g di Ru- mah George Chungut, Nanga Nansang, Pakan itu dihadiri 1,500 penduduk tempatan yang merupakan penanam lada.

Menurut Mawan, Pakan merupakan daerah banyak menanam lada dengan keluaran sebanyak 3,490 tan metrik pada 2016.

“Jumlah tersebut sama nilai dengan RM108 juta. Pada tahun sama berdasarka­n rekod MPB di Pakan terdapat seramai 5,800 penduduk mengusahak­an tanaman lada sebagai punca utama mata pencarian mereka,” jelasnya.

Sementara itu, Ketua Pengarah MPB Dr Harry Entabang berkata produk lada dihasilkan di negeri ini amat dikenali di seluruh dunia sejak dahulu.

Justeru, bagi memastikan produk lada Sarawak kekal pilihan utama, MPB sentiasa berusaha dengan pelbagai pendekatan agar kualiti lada terus berada pada tahap terbaik.

“Berdasarka­n matlamat dan impian itu, kita mahu pengusaha lada terus berusaha menghasilk­an produk lada terbaik dan berkualiti tinggi.

“Sekiranya kualiti lada kita sentiasa terpelihar­a dan berada di tahap memuaskan, kita yakin produk lada kita sentiasa mendapat permintaan tinggi,” katanya.

Pada majlis itu turut disampaika­n Aungerah Usahawan Peraih Lada, Anugerah Usahawan Keratan Lada, Anugerah Pekebun Aktif 2016, penyampaia­n penerima Skim Tanaman Baharu Lada dan penerima Skim Bantuan Tanaman Lada Peserta Program 1AZAM.

Turut hadir wakil Kementeria­n Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi Faizal Yusop, Ahli Lembaga Pengarah MPB Dr Elli Luhat dan wakil Pejabat Residen Bahagian Sarikei Nurashiqin Abdul Rahman.

 ??  ?? SAMBUTAN: Dr Sim (tengah) dan Dr Lau (tiga kiri) serta ahli lain beraksi dengan poster mengenai sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia 2017 yang diadakan pada 28 Oktober nanti.
SAMBUTAN: Dr Sim (tengah) dan Dr Lau (tiga kiri) serta ahli lain beraksi dengan poster mengenai sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia 2017 yang diadakan pada 28 Oktober nanti.
 ??  ?? TAHNIAH: Tuai Rumah George Chungut (dua kiri) menerima Anugerah Pekebun Lada Aktif 2016 daripada Mawan.
TAHNIAH: Tuai Rumah George Chungut (dua kiri) menerima Anugerah Pekebun Lada Aktif 2016 daripada Mawan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia