Utusan Borneo (Sarawak)

Dr Jerip rancang bangun kompleks sukan di Kampung Grait

-

KUCHING: Menteri Muda Pengangkut­an Datuk Dr Jerip Susil merancang membangun sebuah kompleks sukan di Kampung Grait, Jalan Penrissen dekat sini.

Menurut beliau yang juga ADUN Mambong, ia bagi melahirkan identiti kampung berkenaan sebagai salah sebuah pusat sukan di konstituen­sinya, selain Skim Penempatan Semula Bengoh (BRS).

“Saya masih mencari tempat di kawasan Penrissen untuk membangunk­an sebuah kompleks sukan dan saya bercadang untuk membinanya di Kampung Grait.

“Ini kerana saya mahu bukan sahaja BRS yang mempunyai prasarana sukan mencukupi tetapi juga tempat lain agar orang ramai dapat beriadah dan bersukan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyampaia­n Hadiah Pertanding­an Bola Sepak Piala Datuk Dr Jerip Susil Edisi Kedua 2017 di Kampung Grait, baru-baru ini.

Dr Jerip menambah, kompleks sukan tersebut akan dilengkapi dengan kemudahan serba lengkap termasuk padang bola sepak dan gelanggang futsal.

Bagaimanap­un, katanya rancangan itu hanya akan dapat direalisas­ikan jika ia mendapat sokongan khususnya daripada penduduk kampung berkenaan.

“Bermula tahun depan, saya mahu meletakkan hala tuju Kampung Grait sebagai pusat permainan bola dan sukansukan lain.

“Di samping menjadi tempat untuk orang ramai menjalani gaya hidup sihat, ia juga boleh menyumbang kepada ekonomi penduduk menerusi jualan makanan dan minuman,” katanya.

 ??  ?? JERSI: Dr Jerip menerima cenderamat­a berupa jersi daripada pengerusi penganjur Piala Datuk Dr Jerip Susil Edisi Kedua 2017, Jacob Sab.
JERSI: Dr Jerip menerima cenderamat­a berupa jersi daripada pengerusi penganjur Piala Datuk Dr Jerip Susil Edisi Kedua 2017, Jacob Sab.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia