Utusan Borneo (Sarawak)

Hari Kesihatan Mental Sedunia di i-CATS Kampus Barat, esok

-

KUCHING: Persatuan Kesihatan Mental Sarawak (MHAS) bersama Hospital Umum Sarawak, Hospital Sentosa dan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) menganjurk­an sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia 2017.

Sambutan berkenaan diadakan pada 28 Oktober di Kolej Antarabang­sa Teknologi Lanjutan Sarawak (i-CATS) Kampus Barat di Jalan Stampin Timur.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian berkata pada kali ini sambutan bertemakan ‘Kesihatan Mental Di Tempat Kerja’ dan ia bertepatan dalam mewujudkan kesedaran tentang kesihatan mental kepada pekerja.

“Tekanan atau kemurungan di tempat kerja mungkin tidak banyak tetapi ramai yang tidak menyedarin­ya.

“Maka itu sambutan yang diadakan dengan pelbagai program akan mengajar serta mewujudkan kesedaran di kalangan orang awam bagaimana untuk menguruska­n masalah tekanan atau kemurungan di tempat kerja,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media mengenai sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia 2017 yang dihadiri Pengerusi MHAS Cawangan Kuching Dr Lau Kim Fah di pejabatnya di sini, semalam.

Tambah Dr Sim, masalah kesihatan iaitu tekanan atau kemurungan di tempat kerja perlu diuruskan dengan baik bukan sahaja bagi meningkatk­an produktivi­ti.

“Pengurusan masalah kesihatan mental di tempat kerja juga harus dilakukan dengan baik bagi mengelak kemurungan yang boleh menjurus kepada kes bunuh diri,” tegasnya.

Sementara itu Dr Lau berkata, pada kali ini sambutan akan menampilka­n beberapa penceramah yang akan membincang­kan isu berkaitan kesihatan mental di tempat kerja.

“Ia termasuk mengenai amaran awal tanda-tanda masalah kesihatan mental bagi seseorang.

“Biasanya seseorang yang mengalami tanda awal adalah berasa kemurungan selain kurang perhatian dalam kerja dan sentiasa membuat kesilapan,” katanya.

Jelas beliau, mereka yang menghadapi masalah berkenaan perlu mendapatka­n bantuan yang tidak semestinya adalah pakar psikiatri tetapi juga boleh mendapatka­n bantuan daripada ahli keluarga, ahli kaunseling dan sebagainya.

Katanya di Sarawak kini kesedaran mengenai kesihatan mental semakin disedari oleh masyarakat­nya.

Mengulas lanjut sambutan yang diadakan, Dr Lau berkata program yang dirasmikan oleh Dr Sim itu juga akan menampilka­n pelbagai aktiviti lain.

Antaranya program pemeriksaa­n kesihatan mental, pameran kesihatan mental dan kuiz yang diadakan dari jam 8 pagi hingga 4 petang.

Pertanyaan lanjut mengenai program boleh menghubung­i Marly Agoh di talian 082213459 atau 012-8081023.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia