Utusan Borneo (Sarawak)

Lebuhraya Borneo Utara Sdn Bhd tunjuk prestasi cemerlang: Safuani

-

SELANGAU: Lebuhraya Borneo Utara Sdn Bhd berjaya menunjukka­n prestasi cemerlang apabila empat kontrak pakej kerja Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak mencatat satu juta jam kerja tanpa kehilangan masa kecederaan (LTI).

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya Safuani Abdul Hamid berkata pencapaian itu membuktika­n komitmen kontraktor utama menyediaka­n persekitar­an kerja selamat kepada semua orang dan mempromosi­kan budaya keselamata­n dan kesihatan.

“Sebagai ‘Project Delivery Partner’ (PDP) atau Rakan Pelaksana Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak, Lebuhraya Borneo Utara Sdn Bhd sangat gembira dengan pencapaian satu juta jam kerja tanpa LTI,” katanya pada Majlis Pencapaian Satu Juta Jam Kerja Tanpa LTI WPCO8 di pejabat projek Musyati Mudajaya JV Sdn Bhd di Selangau, semalam.

Safuani berkata, empat kontrak pakej tersebut ialah projek WPC04 simpang Pantu ke Batang Skrang di bawah Naim Gamuda JV Sdn Bhd, WPC07 simpang Bintangor ke simpang Julau dan Lapangan Terbang Sibu ke Jambatan Sungai Kua di bawah Hock Seng Lee-Dhaya Maju Infrastruc­ture (Asia) Sdn Bhd.

“Selain itu, projek WPC10 Batu 5 ke Nyabau Flyover dan simpang Jalan Bakun ke Sungai Tangap di bawah Pekerjaan Piasau Konkerit Sdn Bhd.

“Kami juga menyaksika­n WPC08 Jambatan Sungai Kua ke Jambatan Sungai Arip di bawah Musyati Mudajaya JV Sdn Bhd turut mencatat pencapaian satu juta jam kerja tanpa LTI,” ujarnya.

Safuani memberitah­u, sehingga September tahun ini projek Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak mencapai keseluruha­nnya 9,758,397 jam kerja tanpa LTI untuk semua 11 kontrak pakej kerja.

“Kami menyasarka­n 10 juta jam kerja tanpa LTI menjelang hujung tahun ini. Pada peringkat PDP kita memandang serius isu Kesihatan, Keselamata­n dan Persekitar­an (HSE), begitu juga pengurusan trafik melaksanak­an projek pembinaan lebuh raya.

“Kami juga sentiasa melakukan menerusi audit dalaman Jaminan Kualiti dan Jaminan Kawalan (QAQC),” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Musyati Mudajaya JV Sdn Bhd Abdul Rahman Ahmad berkata Musyati Mudajaya JV Sdn Bhd membuktika­n prestasi cemerlang mereka menyediaka­n persekitar­an kerja yang selamat dan sihat.

“Pada peringkat awal pelaksanaa­n projek, kami mengha- dapi beberapa cabaran seperti isu pemilik tanah melarang pekerja syarikat dan jentera berat memasuki kawasan tanah.

“Namun, masalah tersebut ditangani bersama pihak berkuasa berkaitan. Selepas menyelesai­kan masalah ini, kita melakukan banyak kerja pelaksanaa­n projek lebuh raya.

“Sehingga hari ini kami mempunyai lebih 200 jentera berat pelbagai jenis, 100 lori dan kira-kira 900 pekerja bekerja sepanjang 65 kilometer projek WPC08 Jambatan Sungai Kua ke Jambatan Sungai Arip.

“Ini adalah tugas skop besar-besaran melibatkan ramai pekerja dan jentera berat. Sekiranya tiada prosedur dan amalan keselamata­n betul kemungkina­n berlaku kemalangan.

“Justeru, kakitangan keselamata­n kami kerap menjalanka­n taklimat dan latihan keselamata­n memastikan pekerja sentiasa diingatkan tentang tanggungja­wab keselamata­n mereka,” katanya.

Abdul Rahman memuji hasil usaha berterusan semua pihak dari peringkat pengurusan tertinggi kepada pekerja am di tempat kerja membuahkan kejayaan kepada Musyati Mudajaya JV Sdn Bhd mencapai prestasi cemerlang satu juta jam kerja tanpa LTI.

“Kami meneruskan dasar dan amalan keselamata­n dan kesihatan dari semasa ke semasa memastikan persekitar­an kerja sentiasa selamat dan sihat sehingga projek selesai,” katanya.

Pakej projek WPC08 Jambatan Sungai Kua ke Jambatan Sungai Arip bernilai RM1.325 bilion dijangka siap dalam tempoh empat tahun mula dilaksanak­an pada 1 November 2016.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan Mudajaya Group Berhad James Wong, Pengurus Projek WPC08 Baharuddin Samsudin dan wakil Pengarah Jabatan Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan Sarawak Dominic Charlies.

 ??  ?? PRESTASI CEMERLANG: Safuani (empat kiri) bersama James (lima kiri), Abdul Rahman (empat kanan), Dominic (tiga kiri) serta yang lain menunjukka­n tanda bagus di Selangau semalam.
PRESTASI CEMERLANG: Safuani (empat kiri) bersama James (lima kiri), Abdul Rahman (empat kanan), Dominic (tiga kiri) serta yang lain menunjukka­n tanda bagus di Selangau semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia