Utusan Borneo (Sarawak)

Banyak tangkapan, rampasan tahun depan

Sebaik tubuh baharu Bahagian Risikan, Siasatan Khas, KDNKA beroperasi tahun depan

- Oleh Nick Fletcher

KUCHING: Lebih banyak tangkapan dan rampasan dijangka dapat dilakukan tahun depan, sebaik sahaja penubuhan baharu Bahagian Risikan dan Siasatan Khas, Jabatan Keselamata­n Dalam Negeri dan Ketenteram­an Awam ( KDNKA) mula beroperasi.

Pengarah KDNKA Datuk Seri Zulkifli Abdullah berkata bahagian tersebut akan turut membabitka­n unitunit elit dalam jabatan seperti Komando 69 dan Unit Bertindak Khas yang akan digunakan untuk menumpaska­n sindiket- sindiket besar.

Tambah beliau, ia juga bagi memastikan pasukan-pasukan sedia ada dalam jabatan digunakan sepenuhnya bagi tugas-tugas kepolisan dalam pembantera­san jenayah seperti penyeludup­an haram barangan atau manusia terutama di sempadan dan perairan negara.

“Kami jangka dengan adanya penubuhan baharu Bahagian Risikan dan Sia-

Kami jangka dengan adanya penubuhan baharu Bahagian Risikan dan Siasatan Khas ini, kita akan dapat melipatgan­dakan lagi jumlah tangkapan dan rampasan termasuk yang dilaksanak­an oleh Polis Marin dan Pasukan Gerakan Am (PGA).

satan Khas ini, kita akan dapat melipatgan­dakan lagi jumlah tangkapan dan rampasan termasuk yang dilaksanak­an oleh Polis Marin dan Pasukan Gerakan Am (PGA),” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perbarisan Tamat Latihan Kursus Asas PGA dan Marin di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuching, Jalan Penrissen dekat sini, semalam.

Menurut Zulkifli, dalam tempoh dua tahun ini, polis marin dan PGA telah merekodkan rampasan dan tangkapan yang tinggi menerusi sempadan dan perairan di seluruh negara.

Katanya pada 2016, PGA telah melakukan rampasan pelbagai barangan haram yang dibawa masuk dari sempadan negara seperti rokok dan dadah yang bernilai hampir RM13.5 juta, termasuk tangkapan ke atas pendatang asing.

Manakala bagi polis Marin, beliau berkata setakat September tahun ini, sebanyak 3,443 tangkapan telah dilakukan di perairan negara yang bernilai RM58 juta dan tahun lepas, nilai rampasan yang direkodkan adalah RM69.5 juta.

Dalam pada itu, Zulkifli turut menegaskan bahawa jabatan akan terus memastikan anggota PGA dilengkapi kemahiran tinggi di mana selain terlibat dalam peperangan, mereka juga akan membantu dalam pencegahan dan pembantera­san jenayah selain menjaga ketenteram­an awam.

Sementara itu, beliau berkata jabatan telah merancang menggunaka­n PULAPOL Kuching untuk menjalanka­n Kursus Asas Polis Marin bagi menggantik­an Pusat Latihan Marin (PULAMAR) Johor Bahru.

“Kami sekarang masih melihat kesesuaian PULAPOL Kuching, sama ada dapat menjalanka­n kursus asas marin kerana sekarang ia dijalankan di PULMAR Johor Bahru yang tempatnya sudah kurang sesuai disebabkan pembanguna­n,” katanya.

Datuk Seri Zulkifli Abdullah Pengarah KDNKA

 ??  ?? TAHNIAH: Zulkifli menyampaik­an anugerah kepada pelatih terbaik PGA pada Majlis Perbarisan Tamat Latihan Kursus Asas PGA dan Marin di PULAPOL Kuching, Jalan Penrissen dekat Kuching, semalam.
TAHNIAH: Zulkifli menyampaik­an anugerah kepada pelatih terbaik PGA pada Majlis Perbarisan Tamat Latihan Kursus Asas PGA dan Marin di PULAPOL Kuching, Jalan Penrissen dekat Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia