Utusan Borneo (Sarawak)

SPRM mulakan program WAR di sekolah Sarawak

-

KUCHING: Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM) memulakan program Wira Anti Rasuah ( WAR) buat julung kali dalam kalangan pelajar dan warga pendidik di negeri ini.

Pengarah Pendidikan Masyarakat SPRM Datuk Abdul Samat Kasah berkata, pihaknya setakat ini telah mengadakan program itu di empat sekolah di bandar raya Kuching dalam usaha memerangi gejala rasuah dan salah guna kuasa.

Menurutnya, empat sekolah itu masing- masing membabitka­n tiga sekolah rendah iaitu Sekolah Kebangsaan ( SK) Encik Buyong, SK Green Road dan Sekolah Jenis Kebangsaan Chung Hua No. 4 sementara satu lagi adalah Sekolah Menengah Kebangsaan St Thomas.

“Insya- Allah, kalau ada kemahuan dan permintaan daripada pihak sekolah lain, kami ( SPRM) akan menganjurk­an lebih banyak program yang sama di tempat mereka.

“Tujuan kami mengadakan program sebegini adalah untuk mendidik dan mendekatka­n diri kepada generasi muda khususnya para pelajar tentang isu memerangi gejala rasuah, kerana merekalah yang akan mengubah integriti negara pada masa depan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada media semasa merasmikan Majlis Penutupan Program WAR yang disertai seramai 230 peserta di SMK St Thomas di sini, semalam.

Kata Abdul Samat, program WAR telah diperkenal­kan sejak dua tahun lalu bermula dengan penglibata­n sekolah vernakular berbahasa Mandarin di negara ini.

“Namun demikian, melihat kepada permintaan daripada sekolah lain, maka kami perluaskan program ini kepada sekolah kebangsaan, sekolah menengah, SJK Tamil dan Maktab Rendah Sains MARA ( MRSM).

“Dan sehingga kini, kami telah berjaya mengadakan program WAR di ratusan sekolah di negara ini termasuk negeri Sarawak,” katanya.

Hadir sama pada majlis anjuran SPRM bersama SPRM Sarawak dan Pejabat Pendidkan Daerah Kuching itu ialah Timbalan Pengarah SPRM Sarawak Zulhairy Zaidel dan Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Kuching Chen Fei Ming.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia