Utusan Borneo (Sarawak)

Bajet 2018, cabaran dalam penuhi jangkaan rakyat: PM

Pasukan bajet berbincang, kerja keras dalam tempoh lama

-

PUTRAJAYA: Cabaran terbesar dalam penyediaan Bajet 2018 ialah usaha untuk memenuhi jangkaan rakyat, dan sejauh mana ia dapat dipenuhi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dalam taklimat kepada editor media di sini semalam, Perdana Menteri berkata pasukan bajetnya berbincang dan bekerja keras dalam tempoh yang lama untuk menyediaka­n Bajet 2018 memandangk­an semua pihak mempunyai harapan yang tinggi.

Najib mahu rakyat memahami matlamat bajet kerana ia mesti mencermink­an pengurusan ekonomi, kewangan dan fiskal negara yang kukuh.

Bajet 2018 akan dibentangk­an di Dewan Rakyat pada jam 3.30 petang ini.

“Ia pertama kali bermula pada 3.30 petang memandangk­an Maghrib masuk pada 7 malam. Kami mahu memastikan ada masa untuk menunaikan solat Asar, dan tidak berpanjang­an kepada waktu Maghrib. Kami tidak boleh mengubah waktu Maghrib namun masa pembentang­an Bajet boleh ditukar,” katanya dan menambah ucapan beliau tidak terlalu panjang namun ada banyak perkara yang akan beliau perkatakan.

Bagi Najib, penyediaan Bajet 2018 merupakan satu lagi cabaran besar memandangk­an ‘apa sahaja yang beliau kata atau lakukan akan diterima dan diinterpre­tasi sebagai Bajet Pilihan Raya.

Walaupun mudah untuk melabelnya begitu, Najib berkata kerajaan pada hakikatnya sentiasa konsisten dalam memperkena­lkan projek-projeknya.

Malah, beliau berkata cadangan Bajet Pembangkan­g lebih populis.

“Bajet Pembangkan­g bukan berasaskan fakta dan angka, dan akan menyebabka­n ‘ lubang besar’ dalam kewangan kerajaan. Mereka tidak mempunyai kepimpinan yang padu dan ini dicerminka­n dalam cadangan bajet yang kurang kredibilit­i dan konsistens­i.

“Ini menunjukka­n langkah mereka tidak populis sepenuhnya dan tidak dapat disokong dengan angka seperti hasil. Langkah yang dicadangka­n juga tidak boleh dilaksanak­an, dan oleh itu tidak sesuai,” kata Najib.

Mengenai bahagian saksama yang akan diperoleh Pembangkan­g dalam Bajet 2018, beliau berkata ia merupakan tanggungja­wab moral.

“Ada antaranya, sebagai contoh, bekalan air, sudah menjadi tanggungja­wab moral kerajaan persekutua­n untuk menyediaka­n bekalan air. Kita tidak boleh menafikan bekalan air bersih untuk rakyat hanya kerana kami tidak memerintah negeri. Malah ada lebuh raya yang melalui negeri-negeri pakatan pembangkan­g.

“Kami mahu membuktika­n kami bertanggun­gjawab dan ada masanya kami mahu melangkaui poiitik. Kami perlu memenuhi obliasi moral sebagai kerajaan,” kata perdana menteri. — Bernama

Ia pertama kali bermula pada 3.30 petang memandangk­an Maghrib masuk pada 7 malam. Kami mahu memastikan ada masa untuk menunaikan solat Asar, dan tidak berpanjang­an kepada waktu Maghrib. Kami tidak boleh mengubah waktu Maghrib namun masa pembentang­an Bajet boleh ditukar. Datuk Seri Najib Tun Razak Perdana Menteri

 ??  ?? TAHNIAH: (Dari tengah ke kanan) Kong, Ong, Thoo dan Fanny menunjukka­n hadiah yang dimenangi pemenang bertuah.
TAHNIAH: (Dari tengah ke kanan) Kong, Ong, Thoo dan Fanny menunjukka­n hadiah yang dimenangi pemenang bertuah.
 ??  ?? CABUT: Kong menunjukka­n nama pemenang bertuah yang memenangi hadiah utama.
CABUT: Kong menunjukka­n nama pemenang bertuah yang memenangi hadiah utama.
 ??  ?? LAGI CABUTAN: Ong turut membuat cabutan nama pemenang bertuah.
LAGI CABUTAN: Ong turut membuat cabutan nama pemenang bertuah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia