Utusan Borneo (Sarawak)

Kanak-kanak belajar jadi ‘Wira Sihat’ bersama Nestlé

-

SHAH ALAM: Lebih daripada 100 kanak-kanak telah menjadi ‘Wira Sihat’ dalam sesi pendidikan tentang makanan sihat bersama Nestlé Malaysia, yang dianjurkan bersempena dengan Hari Cef Antarabang­sa.

Bagi tahun ketiga berturut-turut, Nestlé Profesiona­l berganding bahu dengan Pertubuhan Persatuan Cef Sedunia dan Persatuan Culinaire Profesiona­l Malaysia (PCA) untuk menganjurk­an sesi yang menyeronok­kan di Kampus R. E. A. L. Schools Shah Alam.

Sesi ini membabitka­n lebih daripada 40 cef profesiona­l PCA. Sesi bertema ‘Makanan Untuk Wira Sihat’ ini bertu- juan meningkatk­an kesedaran terhadap tabiat makan yang sihat dalam kalangan kanakkanak, dengan memupuk daya kreatif mereka dalam penyediaan makanan dan menunjukka­n bagaimana buahbuahan dan sayuran bukan sahaja berkhasiat tetapi juga memberi keseronoka­n.

Pegawai Eksekutif Pernia- gaan Nestlé Profesiona­l, Nestlé (Malaysia) Berhad, Yit Woon Lai, berkata, inisiatif ini selaras dengan matlamat Nestlé untuk meningkatk­an kualiti hidup dan menyumbang ke arah masa depan yang lebih sihat.

“Antara komitmen utama kami adalah untuk menggalakk­an tabiat makan yang sihat. Oleh itu, kita perlu menyemaika­n tabiat yang baik dalam kalangan kanakkanak.”

“Dengan aktiviti yang menyeronok­kan seperti ini, kami dapat mengajar kanakkanak bagaimana buah-buahan dan sayuran benar-benar sesuai untuk dinikmati ‘wira’ dengan cara yang menghiburk­an mereka,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia