Utusan Borneo (Sarawak)

Disyaki miliki dadah, dua diberkas

Suspek ditahan ketika asyik hisap dadah semasa serbuan polis Sibu

- Oleh Michael Ubam

KUCHING: Mahkamah Majistret Marudi semalam menjatuhka­n hukuman denda ke atas dua syarikat kerana tidak membayar gaji pokok RM920 kepada pekerjanya mengikut Perintah Gaji Minimum 2016 yang berkuat kuasa 1 Julai 2016.

Majistret Zuraini Ali Musa memerintah­kan hukuman denda RM1,500 bagi setiap kesalahan atas tiga pertuduhan atau tiga bulan penjara terhadap pemilik syarikat penyediaan makanan di sekolah.

Manakala, Zuraini turut memerintah­kan hukuman denda RM2,000 bagi setiap kesalahan atas dua pertuduhan atau tiga bulan penjara terhadap pemilik sebuah kedai perabot di Marudi.

Terdahulu, dua syarikat tersebut didakwa di bawah Seksyen 43 Akta Majlis Perundinga­n Gaji Negara 2011.

Sementara dalam prosiding sama, sebuah syarikat kawalan keselamata­n didenda RM6,800 atau tiga bulan penjara kerana ingkar perintah Pengarah Tenaga Kerja Sarawak.

Kesalahan itu mengikut Seksyen 130C (a), iaitu gagal mematuhi perintah (Borang C) Mahkamah Buruh untuk membayar baki gaji notis, faedah penamatan kerja, baki kerja lebih masa dan tuntutan lain kepada pekerjanya.

Pegawai Pendakwa dari Jabatan Tenaga Kerja Sarawak Anthony Lawai Lutang menegaskan pendakwaan ini dijalankan sebagai peringatan kepada majikan lain yang masih ingkar Perintah Gaji Minimum dan undang-undang buruh yang lain.

Kes tersebut telah dibuka dan disiasat oleh Pejabat Tenaga Kerja Marudi. SIBU: Dua lelaki sedang asyik menghisap dadah ditahan sepasukan polis narkotik IPD Sibu di kediaman mereka di Jalan Au Yong, malam kelmarin.

Salah seorang daripada mereka dipercayai cuba membuang dadah ke tandas, namun tidak sempat berbuat demikian hasil kecekapan anggota polis ketika serbuan yang dilakukan sekitar jam 7.30 malam itu.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zailanni Amit berkata, kedua-dua suspek berumur 26 dan 45 tahun ditangkap kerana disyaki memiliki dadah.

Katanya, salah seorang suspek berbangsa Iban ditahan di hadapan pintu tandas tingkat bawah rumah berkenaan.

“Hasil pemeriksaa­n ke atas lelaki berumur 26 tahun, polis menjumpai satu peket plastik lutsinar yang men- gandungi dadah jenis syabu dengan berat kasar 24.14 gram,” katanya.

Menurut Zailanni, soal siasat mendapati tiada pengakuan daripada suspek berhubung dadah yang dijumpai.

“Suspek pertama akan disiasat di bawah Seksyen 39(A)(1) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Beliau menambah, polis mendapati seorang lagi suspek berumur 45 tahun sedang berada di bilik tingkat bawah ketika serbuan dijalankan.

Katanya, hasil pemeriksaa­n, polis menjumpai satu peket lutsinar yang mengandung­i dadah jenis syabu dengan berat kasar 0.58 gram.

“Hasil soal siasat, suspek kedua mengaku dadah yang dijumpai adalah miliknya,” kata Zailanni.

Tambahnya, polis telah merampas dadah yang dijumpai daripada kedua- dua suspek dan mereka akan direman selama tiga hari untuk membantu siasatan kes. MIRI: Enam kubur dipecahkan oleh pihak tidak bertanggun­gjawab di sebuah tanah perkuburan di Riam dekat sini.

Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Lim Meng Seah ketika dihubungi semalam mengesahka­n kejadian tersebut.

“Polis menerima satu laporan daripada seorang pengadu mengenai kejadian kubur dipecahkan. Apabila polis menyiasat tempat kejadian, didapati bukan sebuah kubur sahaja dipecahkan, malah lima lagi kubur menerima nasib sama,” katanya.

Menurut Lim, polis belum menerima sebarang laporan daripada pewaris kepada lima kubur yang lain.

“Tiada barang didapati hilang kerana memang di dalam kubur terbabit tidak disimpan barangan berharga.

“Polis mengklasif­ikasikan kes ini sebagai khianat dan siasatan masih dijalankan,” katanya.

Hasil pemeriksaa­n ke atas lelaki berumur 26 tahun, polis menjumpai satu peket plastik lutsinar yang mengandung­i dadah jenis syabu dengan berat kasar 24.14 gram. ACP Zailanni Amit Ketua Polis Daerah Sibu

 ??  ?? PADAM: Anggota bomba memadam kebakaran kereta di Jalan Nyelong, Sarikei semalam.
PADAM: Anggota bomba memadam kebakaran kereta di Jalan Nyelong, Sarikei semalam.
 ??  ?? BERBAHAYA: Dadah jenis syabu yang dirampas polis semasa serbuan malam kelmarin.
BERBAHAYA: Dadah jenis syabu yang dirampas polis semasa serbuan malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia