Utusan Borneo (Sarawak)

Pemuda disyaki jalankan kegiatan mesin judi diarah reman dua hari

-

MIRI: Seorang pemuda yang ditangkap kerana disyaki menjalanka­n kegiatan mesin judi diperintah­kan Mahkamah Majistret pagi semalam supaya direman dua hari untuk membantu siasatan lanjut polis.

Perintah itu dikeluarka­n Pendaftar Mahkamah Rendah Nuur Hafiza Yatim setelah membenarka­n permohonan reman yang dikemukaka­n penolong pegawai penyiasat Sarjan Khairul A’ini Jamaludin dari Balai Polis Pusat Miri.

Dalam permohonan­nya, A’ini memberitah­u bahawa suspek telah ditangkap pada jam 6.15 petang, 25 Oktober lalu hasil serbuan sepasukan polis diketuai ASP Unang Giang ke sebuah premis di Jalan Senadin di sini.

Tangkapan ke atas suspek dibuat kerana dipercayai menjalanka­n kegiatan mesin judi secara haram.

Semasa tangkapan dibuat, polis turut merampas empat mesin judi, 260 token dan wang tunai RM166 untuk dijadikan barang kes.

Dalam permohonan lanjutnya, A’ini memberitah­u bahawa reman selama empat hari mengikut peruntukan Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah ke atas suspek yang berusia 22 tahun dari Jalan Sibu, Taman Tunku di sini amat diperlukan untuk membolehka­n polis melengkapk­an kertas siasatan.

Selain itu, polis masih memerlukan masa untuk mengesan penganjur premis yang menjalanka­n perniagaan mesin judi tanpa memiliki lesen yang sah.

Bagaimanap­un, mahkamah hanya membenarka­n reman dua hari ke atas suspek dan tempoh reman akan tamat pada 28 Oktober ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia