Utusan Borneo (Sarawak)

Aksi hambar Atletico di gelanggang lawan berterusan

-

MADRID, Sepanyol: Prestasi hambar Atletico Madrid di gelanggang lawan berterusan apabila diikat 1-1 oleh kelab divisyen tiga, Elche pada perlawanan pertama pusingan 32 akhir Piala Raja Sepanyol Rabu lepas.

Thomas Partey membuka jaringan buat Atletico pada awal perlawanan di Stadium Martinez Valero selepas menguasai permainan sebelum rehat.

Bagaimanap­un, selepas rembatan Luciano Vietto terkena palang dan Keidi Bare melihat rembatanny­a tepat ke dakapan penjaga gol Elche, Guillermo Vallejo, Atletico dihukum kerana ketumpulan di pintu gol lawan enam minit selepas rehat.

Lucas Hernandez dilihat mengasari Lolo Pla dalam kotak penalti, menyebabka­n pengadil memberikan tendangan penalti, yang disempurna sendiri oleh Pla untuk gol penyamaan.

Vietto mensia-siakan satu lagi peluang dan Fernando Torres melihat rembatanny­a melambung tinggi ketika Atletico gagal mencipta kemenangan buat kali kelima di gelanggang lawan dari tujuh perlawanan.

“Kami mempunyai tiga peluang dengan hanya berdepan penjaga gol lawan,” kata pemain tengah Atletico, Saul Niguez.

“Ia adalah tentang perkara yang sama, kekurangan ketajaman di pintu gol tidak memberikan kami ketenangan yang kami mahukan. Kamitidakm­enjaringka­n gol dan ia menyebabka­n kami terjejas sepanjang permainan.”

Pada perlawanan lain, Ponferradi­na mencipta kejutan apabila satu tendangan percuma Sergio Cidoncha memastikan kemenangan 1-0 ke atas Villarreal sementara prestasi buruk Athletic Bilbao berterusan apabila memerlukan gol penyamaan Raul Garcia untuk mengikat kedudukan 1-1 dengan Formentera.

Leganes, yang berada di tangga keenam La Liga Sepanyol, meneruskan rentak cemerlang mereka dalam pertanding­an piala apabila menewaskan Valladolid 2-1 dan Celtia Vgo menewaskan Eibar 2-1. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia