Utusan Borneo (Sarawak)

Puel dinamakan sebagai pengurus baharu Leicester City

-

LONDON, England: Leicester City menamakan bekas pengurus Southampto­n, Claude Puel sebagai pengurus baharu selepas memecat Craig Shakespear­e minggu lepas.

Leicester muncul juara Liga Perdana Inggeris ketika di bawah bimbingan Claudio Ranieri pada musim 2015/2016 tetapi dipecat pada bulan Februari tahun ini dan walaupun berjaya pulih di bawah bimbingan Shakespear­e pada akhir musim, mereka kini satu mata di atas zon penyingkir­an pada musim ini.

Puel, 56, juga bekas jurulatih Monaco, Lyon dan Nice di Perancis, akan membimbing perlawanan pertama be- liau Ahad ini apabila Leicester menanti kunjungan Everton di Stadium King Power.

“Apabila kami memulakan proses mengenal pasti pengurus baharu, lembaga pengarah membuat satu profail calon yang diperlukan untuk membawa kelab ke hadapan dan Claude Puel sesuai dengan profail itu,” kata naib pengerusi Leicester, Aiyawatt Srivaddhan­aprabha.

“Selepas bertemu dengan Claude, pengetahua­n, pemahaman potensi kami dan visi beliau membantu kami untuk berasa yakin dengan kemampuan beliau.

“Beliau dengan pantas menjadi calon utama dan saya berasa gembira kerana kami mempunyai peluang untuk meneruskan visi jangka panjang yang akan dibantu dengan kepakarann­ya sebagai jurulatih.”

Puel, yang dipecat oleh Southampto­n pada bulan Jun selepas hanya satu musim walaupun menamatkan saingan di tangga kelapan, berkata ia “satu penghormat­an besar” untuk menjadi pengurus baharu Leicester.

“Peluang untuk membantu membina kelab yang mencipta pencapaian hebat sebelum ini adalah sesuatu yang sangat menarik dan saya tidak sabar untuk bekerja dengan pemilik, pemain, kakitangan dan penyokong kelab untuk memberikan kejayaan seterusnya,” kata beliau.

Puel mempunyai reputasi yang baik di peringkat Eropah, apabila membawa Lyon ke separuh akhir Liga Juara-Juara 2010 dan menewaskan Real Madrid 2-1 secara agregat sepanjang kempen.

Leicester mengejutka­n ramai pihak dua musim lepas apabila mengenepik­an kuasa besar bola sepak Inggeris dengan muncul juara liga.

Tetapi walaupun melangkah ke suku akhir Liga JuaraJuara tahun lepas, Leicester bergelut mencari rentak dalam liga sehingga kebang- kitan lewat musim melonjak mereka ke tangga ke-12.

Musim ini, mereka sekali lagi bergelut dengan hanya mencipta dua kemenangan dari sembilan perlawanan pertama.

Pada perlawanan pertama selepas pemecatan Shakespear­e, Leicester menang 2-1 di Swansea City untuk melonjak mereka ke tangga ke-14 liga.

Shakespear­e, 53, dinaikkan dari jawatan penolong pengurus kepada pengurus sementara ekoran pemecatan Ranieri dan pada bulan Jun, beliau diberikan kontrak tiga tahun.

Puel akan dibantu oleh Michael Appleton, yang mengekalka­n jawatan sebagai penolong pengurus. — AFP

 ??  ??
 ??  ?? PUEL
PUEL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia