Utusan Borneo (Sarawak)

Napoli kembali ungguli Serie A ketika ketegangan kian memuncak

-

MILAN, Itali: Napoli kembali melonjak ke tangga teratas Serie A Itali Rabu ketika ketegangan memuncak selepas dibangkitk­an oleh gambar mangsa Holocaust, Anne Frank pada satu jersi AS Roma yang dibentangk­an oleh penyokong Lazio minggu lepas mencemari aksi liga minggu ini.

Inter Milan sebelum ini merampas pendahulua­n liga dengan kemenangan 3-2 ke atas Sampdoria pada hari Selasa tetapi Napoli kembali merampas kedudukan apabila Dries Mertens menjaringk­an dua gol dan memaksa satu lagi gol sendiri untuk bangkit dari ketinggala­n sebelum menewaskan Genoa 3-2 di gelanggang lawan.

“Apa yang dikesali ialah kami tidak menamatkan permainan selepas menguasai permainan dan kemudian bolos gol 10 minit sebelum tamat permainan untuk membuka semula permainan,” kata jurulatih Napoli, Maurizio Sarri.

Adel Taarabt membuka jaringan buat Genoa seawal minit keempat tetapi Napoli bangkit dan mengikat kedudukan dari satu tendangan percuma Mertens 10 minit kemudian. Beliau kemudian meletakkan Napoli di hadapan buat kali pertama selepas 30 minit permainan.

Napoli menjaringk­an gol ketiga apabila asakan Mertens menyebabka­n Ervin Zukanovic tertolak bola ke pintu gol sendiri sebelum Armando Izzo merapatkan kedudukan buat Genoa pada minit ke-76.

Juventus kekal di tangga ketiga, satu mata di belakang Inter selepas menewaskan SPAL 4-1 di Turin sementara Lazio kekal berkongsi mata dengan Juventus selepas menang 2-1 di Bologna.

AS Roma di tangga kelima tetapi dipaksa bekerja-keras sebelum menewaskan Crotone 1-0 menerusi gol penalti Diego Perotti seawal minit ke-10.

Jurulatih AC Milan, Vincenzo Montella, menarik nafas lega selepas menang 4-1 di Chievo ekoran tiga kekalahan berturut- turut dan sekali seri.

Milan, tanpa kapten pasukan Leonardo Bonucci kerana penggantun­gan – naik ke tangga kelapan liga dengan kemenangan itu.

“Ia satu kemenangan yang menunjukka­n kekuatan dan keyakinan,” kata Montella.

“Saya berasa sangat gembira dengan prestasi ini tetapi tiada masa untuk bergembira walaupun kami mahu menikmati saat ini. Dari segi mental, kami masih belum selesa.”

Milan akan menentang Juventus selepas ini dan Montella menegaskan: “Sabtu ini, saya mahu kesungguha­n sebenar. Saya berharap Juventus akan memandang ringan pasukan kami.”

Milan membuka jaringan pada mini tke-36 menerusi rembatan Suso, yang kemudian menghasilk­an gol kedua apabila hantaran lintangnya ditanduk secara tidak sengaja oleh Bostjan Cesar dan masuk ke pintu golnya sendiri.

Hakan Calhanoglu menjaringk­an gol ketiga selepas rehat sebelum kesilapan Franck Kessie menghadiah­kan Chievo satu gol menerusi cubaan Valter Birsa. Harapan kebangkita­n Chievo berakhir apabila Nikola Kalinic menjaringk­an gol keempat Milan pada minit ke-64. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? GOL PEMBUKAAN: Mertens (kanan) melepaskan rembatan cantik untuk menjaringk­an gol pertama Napoli ketika beraksi pada perlawanan Serie A Itali menentang Genoa di Stadium Ferraris, Genoa pada Rabu lepas.
— Gambar AFP GOL PEMBUKAAN: Mertens (kanan) melepaskan rembatan cantik untuk menjaringk­an gol pertama Napoli ketika beraksi pada perlawanan Serie A Itali menentang Genoa di Stadium Ferraris, Genoa pada Rabu lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia