Utusan Borneo (Sarawak)

Hamilton bakal sertai Senna, Schumacher

Pemandu Mercedes itu buru lima tangga teratas, letakkan dirinya sebaris pemandu hebat F1

-

Masih ada tiga perlumbaan sahaja lagi. Lewis Hamilton Pelumba Mercedes

Schumacher dan Ayrton Senna.

Satu lagi kejuaraan dunia akan membolehka­n beliau mengatasi rakan senegarany­a, Jackie Stewart, yang memenangi tiga kejuaraan dunia dan menjadi pemandu British paling berjaya, selain berkongsi kedudukan dengan Alain Prost dan Sebastian Vettel sebagai juara dunia empat kali.

Di hadapan, hanya Juan Manuel Fangio (lima kejuaraan dunia) dan Schumacher ( tujuh kejuaraan dunia).

Bagaimanap­un, Hamilton, berharap untuk mengelak gangguan jangkaan tinggi dengan berkata fikirannya tertumpu kepada memenangi perlumbaan Ahad ini di hadapan penonton yang penuh bersemanga­t di Litar Autodromo Hermanos Rodriguez.

“Masih ada tiga perlumbaan sahaja lagi,” kata pelumba dari Britain itu. “Dan di fikiran saya, saya masih perlu memenangi tiga perlumbaan. Masih ada banyak mata untuk dikumpul – sehingga anda akhirnya memenangi kejuaraan dunia, anda perlu mengelak sikap terlalu yakin.”

Sikap berhati- hati beliau boleh difahami kerana beliau dan Mercedes tahu bahawa walaupun mempunyai kelebihan di laluan lurus dan selekoh perlahan, perlumbaan yang berlangsun­g di altitud tinggi ( 2,250 meter dari aras laut) akan membantu meningkatk­an saingan yang mungkin memihak kepada Ferrari.

Mercedes akan melakukan ubah suai enjin untuk sesuai dengan litar seperti persediaan dilakukan semasa perlumbaan di Monaco dan Budapest, dua litar di mana mereka bergelut tahun ini dan ia sememangny­a membimbang­kan.

Vettel, yang ketinggala­n 66 mata di belakang Hamilton dalam saingan kejuaraan dunia dan memerlukan perubahan drastik prestasi dan tuah pasukan, masih enggan mengalah untuk memintas Hamilton.

Tetapi, seperti yang dicadangka­n Massa, jika ada sesiapa boleh menang dalam apa jua litar, ia adalah Hamilton, yang mencipta lima kemenangan dari enam perlumbaan terakhir sejak perlumbaan di Eropah.

“Beliau sememangny­a salah seorang pemandu terbaik dalam sejarah F1,” kata Massa.

“Anda tidak dapat menafikan di mana beliau boleh dikatakan sebaris dengan Michael Schumacher dan Ayrton Senna.”

Wolff, yang sudah melihat Hamilton menambah konsistens­i dan disiplin kepada bakat pemanduann­ya dalam litar, turut menyokong katakata Massa.

“Lewis adalah tentang memecah semua rekod yang dicipta dalam F1 dan ia hanya menunggu masa di mana orang akan berkata beliau berada di landasan untuk menjadi pemandu terbaik yang pernah wujud,” kata beliau.

Hamilton berkata peningkata­n prestasi beliau adalah kerana dua faktor utama.

Pertama sekali ialah persaraan bekas rakan sepasukan yang juga juara dunia tahun lepas, Nico Rosberg dan peralihan diet kepada pemakanan vegetarian. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? BERSEMANGA­T: Hamilton bercakap kepada pemberita ketika menghadiri sidang media menjelang perlumbaan Grand Prix Mexico di Kota Mexico Rabu lepas.
— Gambar AFP BERSEMANGA­T: Hamilton bercakap kepada pemberita ketika menghadiri sidang media menjelang perlumbaan Grand Prix Mexico di Kota Mexico Rabu lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia