Utusan Borneo (Sarawak)

16 pasukan rebut kejuaraan Cobra 10s

-

PETALING JAYA: Enam belas pasukan termasuk enam kelab tempatan akan bertarung dalam edisi ke-47 Ragbi Cobra 10 Sebelah yang akan berlangsun­g selama dua hari bermula 11 Nov ini di Stadium MBPJ, Kelana Jaya di sini.

Pengerusi penganjur pertanding­an, Tan Sri Krishnan Tan berkata penganjura­n kali ini lebih istimewa kerana Cobra yang ditubuhkan pada 1967 akan menyambut ulang tahun ke-50.

“Kami berharap kejohanan tahun ini akan menaikkan lagi kualiti permainan ragbi di negara ini dan pastinya pasukan Cobra akan berjuang habishabis­an sebagai pasukan tuan rumah,” katanya pada sidang media, di sini semalam.

Selain Cobra, pasukan tempatan lain ialah ERC Borneo Eagles, KL Tigers, Panthers Blowpipe RC, NS Wanderers serta juara bertahan Sabah Eagles.

Kelab luar negara pula ialah Duka Old Boys dan Western Province dari Afrika Selatan; Singapore Barbarians (Singapura); Daveta (Fiji); Global Lions, Auckland Varsity Vipers dan North Harbour (New Zealand); Charis Wolfpacks Rugby dan West RFC (Australia).

Untuk rekod, Cobra telah menjuarai kejohanan tersebut sebanyak enam kali -- pada 1968, 1972, 1975, 1977 (johan bersama Sembawang Tigers dari Singapura), 1998 dan 2008.

Juara akan membawa pulang US$ 10,000 ( kirakira RM42,335) manakala tempat naib juara menerima US$ 6,000 ( kira- kira RM25,401). — Bernama KOTA MEXICO, Mexico: Lewis Hamilton tidak mempunyai hasrat untuk berlumba sambil lewa hujung minggu ini ketika beliau memburu lima tangga teratas pada perlumbaan Formula Satu ( F1) Grand Prix Mexico untuk mengesahka­n kejuaraan dunia yang keempat dan meletakkan dirinya sebaris dengan pemandu hebat dalam sejarah F1.

Pertikaian mengenai status beliau semakin meningkat beberapa bulan sebelum ini tetapi ia sudah sampai ke satu kedudukan baharu minggu ini, beberapa hari selepas memenangi perlumbaan kesembilan di Grand Prix Amerika (AS) di Texas minggu lepas.

Pengurus pasukan beliau di Mercedes, Toto Wolff, mengisytih­arkan bahawa Hamilton berada di landasan untuk menjadi “pemandu terbaik yang pernah wujud” ketika pemandu veteran, Felipe Massa, yang terlepas kejuaraan pada 2008 apabila Hamilton memintas pada selekoh terakhir di Grand Prix brazil, berkata Hamilton sudah meletakkan dirinya sebaris dengan bintang legenda seperti Michael

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia