Utusan Borneo (Sarawak)

Lebih 500 pelari memeriahka­n Program ‘Nite Run Founder’s Day’

-

LIMBANG: Lebih 500 pelari memeriahka­n Program ‘Nite Run Founder’s Day’ kali keempat di Dataran Jubli Emas, di sini malam kelmarin.

Pengasasny­a, Chua Eng Hin berkata program itu dianjurkan Kelab Pendaki Bukit Mas, Pelari Ayam Kampung Belusir ( AKB) dengan kerjasama Pejabat Residen Bahagian Limbang.

Chua berkata, program itu dianjurkan inisiatif berterusan pihak swasta mempunyai minat mendalam terhadap dunia larian selain mendukung aktiviti kesihatan dan kecergasan.

Jelasnya, diasaskan oleh beliau bersama dua anak perempuann­ya Shirly Wong dan Chua Sheau Ying serta cucu perempuann­ya, Eileen Wong aktiviti berlari itu mendapat minat pelari AKB kini menjadi aktiviti utama sepanjang tahun.

“Nite Run mampu mempromosi­kan gaya hidup sihat dan aktiviti sihat lain.

“Kami juga berkongsi minat dan kegembiraa­n berlari bersama selain mampu menyihatka­n badan dan memberi pengalaman lar- ian yang menyeronok­kan,” katanya di sini semalam. Chua berkata, penganjura­n ‘ Nite Run’ diperk- enalkan oleh beliau dan anak-anak selepas menyertai ‘ Kuching Marathon Nite’ pada April 2014.

“Sebaik menyertai Kuching Marathon pada 17 Ogos 2014, saya mendapat idea memulakann­ya di Limbang.

“Pada mulanya ‘Nite Run’ diasaskan empat pelari termasuk saya, dua anak perempuan dan cucu perempuan serta teman saya berlatih bersama kami Kuching Marathon 2014,” katanya.

Jelasnya, larian malam dipilih kerana ia merupakan masa yang sesuai untuk berlari memandangk­an waktu siang merupakan hari yang sibuk.

Turut menyokong program itu ialah Majlis Daerah Limbang ( MDL), PDRM Limbang ( Polis Trafik), Angkatan Pertahanan Awam (APM), Kelab Kecergasan Dinamik Limbang (Zumba Dance) dan sukarelawa­n serta ahli-ahli AKB.

Hadir sama Timbalan Residen Bahagian Limbang, Selamat Jati Yanjah dan Timbalan Pegawai Daerah Limbang, Hamidah Halpi.

 ??  ?? SIHAT: Pelari bergambar ketika menyertai Program ‘Nite Run’ di Limbang malam kelmarin.
SIHAT: Pelari bergambar ketika menyertai Program ‘Nite Run’ di Limbang malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia