Utusan Borneo (Sarawak)

Hari Terbuka Curtin Malaysia Ke-11 tarik lebih 4,000 pengunjung

-

RIBUT kuat dan hujan lebat yang melanda Miri, Sabtu lalu tidak menghalang semangat kakitangan, penuntut Universiti Curtin Malaysia (Curtin Malaysia) dan peserta lain untuk menjayakan penganjura­n Hari Terbuka Curtin Malaysia Ke-11.

Malah program tahunan itu berjaya menarik lebih 4,000 orang awam termasuk pelajar berpotensi dan kira-kira 500 pelajar sekolah menengah untuk melawat kampus dan berkumpul di kampus bagi menyaksika­n pelbagai program sepanjang hari.

Selain teruja dengan pameran fakulti dan pertanding­an, pengunjung turut menikmati persembaha­n pentas, jualan makanan dan minuman serta jualan pelbagai produk oleh pelajar dan usahawan tempatan selain pameran seni.

Selain itu kaunter Ruangan Komuniti yang mempamerka­n beberapa produk amal dan kemasyarak­atan antaranya ‘Curtin Malaysia Go Bald Satellite Shave’ yang menyaksika­n lebih 30 pelajar dan orang awam membotakka­n kepala untuk Persatuan Kanser Kanak- Kanak Sarawak (SCCS).

Dengan tema ‘Penemuan, Pengalaman, Interaksi’, acara ini dilengkapi dengan pelbagai program yang dapat mendedahka­n orang awam mengenai Curtin Malaysia termasuk peluang melihat fasiliti dan berinterak­si dengan kakitangan dan penuntut universiti.

Antara pengisian program ialah ‘Future Students Hub’ membolehka­n pelajar berjumpa dengan kakitangan pemasaran dan mendapatka­n maklumat mengenai kursus dan pameran fakulti selain menonjolka­n kecemerlan­gan pengajaran dan penyelidik­an di kampus itu.

Selain itu para pelajar sekolah menengah dari Sabah dan Sarawak turut menyertai pertanding­an ‘Curtin Croc Challenge’, iaitu pengendali­an sistem pengesan awal buaya anjuan Fakulti Kejurutera­an dan Sains dan Pejabat Penyelidik­an dan Pembanguna­n yang disertai oleh 26 sekolah dan pasukan kategori terbuka mengambil bahagian.

Turut diadakan ialah ‘Curtin’s Next Top Entreprene­ur’ dan ‘Battle of The Brains Trivia Challenge’ anjuran Fakulti Perniagaan dan Fakulti Kemanusiaa­n. Selain itu pertanding­an akhir ‘Curtin Gaming Championsh­ip’, pertanding­an permainan video online tahunan anjuran Fakulti Kejurutera­an dan Sains turut mengambil tempat.

Hadir sama semasa Hari Terbuka Curtin Malaysia ialah Pro Canselor Curtin Malaysia Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan, Pengerusi Lembaga Pengurusan Curtin Malaysia merangkap Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin dan Pengerusi Curtin Malaysia Datu Ose Murang.

 ??  ?? TRADISIONA­L: Para pelajar menyerikan Hari Terbuka Curtin Malaysia Ke-11 dengan persembaha­n kebudayaan.
TRADISIONA­L: Para pelajar menyerikan Hari Terbuka Curtin Malaysia Ke-11 dengan persembaha­n kebudayaan.
 ??  ?? PENJELASAN: sekitar. Pelawat menimba pengetahua­n mengenai alam
PENJELASAN: sekitar. Pelawat menimba pengetahua­n mengenai alam
 ??  ?? TELITI: Pengunjung tertarik dengan spesimen yang dipamerkan semasa pameran geologi.
TELITI: Pengunjung tertarik dengan spesimen yang dipamerkan semasa pameran geologi.
 ??  ?? TURUT DIBUKA: Gerai menjual makanan dan minuman turut menjadi tumpuan.
TURUT DIBUKA: Gerai menjual makanan dan minuman turut menjadi tumpuan.
 ??  ?? AMANAT: Dr Chan menyampaik­an amanat ringkas semasa pembukaan Hari Terbuka Curtin Malaysia Ke-11, baru-baru ini.
AMANAT: Dr Chan menyampaik­an amanat ringkas semasa pembukaan Hari Terbuka Curtin Malaysia Ke-11, baru-baru ini.
 ??  ?? KAUNSELING: Kakitangan pemasaran Curtin Malaysia memberikan khidmat kaunseling kepada pelajar berpotensi.
KAUNSELING: Kakitangan pemasaran Curtin Malaysia memberikan khidmat kaunseling kepada pelajar berpotensi.
 ??  ?? CUBA: Para pelajar mencuba pengalaman melakukan eksperimen mudah.
CUBA: Para pelajar mencuba pengalaman melakukan eksperimen mudah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia