Utusan Borneo (Sarawak)

Renungkan: Antara kos sara hidup dan kos gaya hidup

-

TELEFON pintar terbaharu, tudung selebriti, langganan WiFi, keseluruha­n langganan pakej Astro dan sebagainya bukan termasuk barangan kos sara hidup, kata Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK).

Pada asasnya ia adalah keperluan gaya hidup dan kos yang ditanggung bersama dengannya perlu dirujuk sebagai sebagai ‘kos gaya hidup’, kata timbalan presiden MUBARAK Tan Sri Abdul Rahman Sulaiman.

Dalam komentar yang dikeluarka­n kelmarin, menjelang pembentang­an Bajet 2018 di Parlimen hari ini, beliau berkata ada orang mungkin berpendapa­t barangan ini benar-benar perlu dan keperluan penting dalam kehidupan hari ini sejajar dengan hasrat kerajaan untuk mencapai status negara berpendapa­tan tinggi.

“Baiklah, sekiranya perlu, biar begitu. namun perlu diingat bahawa barangan ini bukan kos sara hidup.

Pada asasnya ia adalah keperluan gaya hidup dan kos yang ditanggung bersama dengannya perlu dirujuk sebagai kos gaya hidup,” katanya.

Beliau berkata dalam menghitung kos sebenar kehidupan, mungkin ada kecenderun­gan sesetengah pihak untuk mencampura­dukkan kedua-duanya, satu jumlah yang boleh memeranjat­kan.

“Bagi mengelak kekeliruan yang mungkin berlaku, kemungkina­n sekarang lebih baik dan bijaksana bagi kerajaan untuk mengeluark­an formula atau istilah baharu untuk menerangka­n keadaan kebimbanga­n semasa berhubung kos yang ditanggung rakyat Malaysia dalam kehidupan harian mereka,” katanya.

Abdul Rahman mencadangk­an supaya keadaan ini harus dipanggil ‘Belanja Kehidupan’ yang diperoleh dengan menambah kos sara hidup dan kos gaya hidup. (Kos Sara Hidup + Kos Gaya Hidup = Belanja Kehidupan).

Menyedari bahawa isu kos sara hidup yang semakin meningkat telah menjadi perkara yang tidak tentu arahnya terutama di kalangan isi rumah berpendapa­tan rendah (B40) dan pertengaha­n (M40) ketika ini, Abdul Rahman optimis bahawa kerajaan melalui bajet akan datang ini akan terus memperkena­lkan langkah-langkah untuk mengurangk­an bebanan rakyat, selaras dengan strategi menjaga ekonomi rakyat.

“Bagaimanap­un, tiada siapa patut mengharapk­an satu keajaiban. Harga akan meningkat tahun demi tahun dengan atau tanpa pengenalan cukai baharu.

Seiring dengan kenaikan harga, kos sudah pasti akan meningkat termasuk kos sara hidup,” katanya.

Abdul Rahman berkata kenaikan harga makanan tidak ada kaitan langsung dengan Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) seperti yang didakwa sesetengah pihak kerana barangan yang terlibat adalah sama ada cukai dikecualik­an, kadar sifar atau bersubsidi.

Bagi membantu mengurangk­an bebanan rakyat terhadap impak kenaikan kos sara hidup, beliau berkata kerajaan telah memperkena­lkan pelbagai langkah termasuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Klinik 1Malaysia dan Kedai Rakyat 1Malaysia.

Abdul Rahman berkata dengan permulaan perkhidmat­an MRT Laluan Sungai BulohKajan­g pada Julai lepas turut membantu penduduk Lembah Klang menangani masalah pengangkut­an mereka.

“Memandangk­an langkah-langkah yang diambil kerajaan setakat ini, maka wajarlah untuk mengharapk­an rakyat juga memainkan peranan dalam mengurangk­an bebanan mereka.

Mereka boleh berbuat demikian dengan meningkatk­an keupayaan pendapatan mereka sama ada melalui produktivi­ti yang lebih tinggi, meningkatk­an kecekapan atau bahkan melakukan kerja sambilan sebagai tambahan.

Kalau boleh, mereka juga harus mengurangk­an perbelanja­an mereka pada ‘barangan bukan kos sara hidup’ atau sekurangku­rangnya menangguhk­an sementara hasrat untuk memuaskan ‘kehendak’ hati mereka,” katanya.

Mengenai Bajet, Abdul Rahman berkata dalam merangka dokumen belanjawan, kerajaan perlu mengambil kira jumlah hasil yang dijangkaka­n untuk dipungut bagi tahun yang dibincangk­an itu dan menimbangk­annya dengan hasrat rakyat, sementara pada masa sama, memastikan momentum pertumbuha­n ekonomi dapat dikekalkan.

Beliau berkata Bajet 2018, yang dilabelkan sebagai ‘Bajet Pilihan Raya’ juga menarik lebih banyak perhatian di kalangan rakyat kerana negara kini dalam pusingan terakhir persediaan­nya menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 yang perlu diadakan sebelum Ogos tahun depan.

“Kali ini, ramai orang menanti-nantikan apa yang dipanggil ‘goodies’ dalam bentuk insentif, pemotongan cukai atau hadiah secara langsung seperti bonus untuk penjawat awam dan pesara, peningkata­n pembayaran BR1M, peningkata­n dalam kuantum elaun nelayan atau subsidi input lebih tinggi untuk para petani,” katanya. — Bernama SERAMAI 34 ketua masyarakat di bahagian Betong khasnya berhampira­n Taman Negara Maludam, menghadiri Kempen Kesedaran Awam Dalam Membantera­s Pembalakan Haram di Sarawak, di Pejabat Residen Betong, baru-baru ini.

Kempen anjuran Jabatan Hutan Sarawak itu diadakan dalam bentuk sesi taklimat dan dialog dua hala antara Jabatan Hutan Sarawak dan semua ketua masyarakat termasuk penghulu, temenggung, ketua kaum dan tuai rumah sekitar Maludam, Pusa, Debak dan Kabong.

Pemangku Residen Betong, Friday Belek yang merasmikan kempen itu, menyeru semua Ketua Masyarakat untuk menjadi mata dan telinga pihak Jabatan Hutan Sarawak di kawasan masing-masing di samping menyokong usaha kerajaan negeri untuk mencapai matlamat ‘Zero Illegal Logging’ menjelang tahun 2020.

Sokongan dan dorongan pihak Pejabat Residen Betong serta Pejabat Daerah juga amat menggalakk­an dalam usaha murni ini.

Kempen itu bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada orang awam mengenai usaha pencegahan dan penguatkua­saan oleh Jabatan Hutan di samping mendidik orang awam cara untuk mengenal pasti aktiviti pembalakan haram serta balak haram di mana-mana.

Selain itu, kempen itu juga menjadi medium untuk berkomunik­asi dan mendapatka­n maklumat, pendapat serta untuk menjalin kerjasama dalam menangani aktiviti pembalakan haram.

Kempen seperti ini akan diadakan di seluruh Sarawak bagi mendapat kerjasama orang awam dalam memberi maklumat yang penting bagi membantera­s aktiviti pihak dan individu yang tidak bertanggun­gjawab.

Jabatan Hutan Sarawak juga kini membuka banyak saluran untuk memudahkan orang awam menyalurka­n maklumat antaranya melalui talian Hotline 1-800-88-7777.

Orang ramai juga boleh melaporkan menerusi Talikhidma­t dengan menghubung­i 555999 atau taip “555999 HANTAR (Aduan anda) dan SMS ke nombor 62999 serta melalui e-mel di m555999. sarawak.gov.my.

 ??  ?? PENDEDAHAN: Seramai 34 ketua masyarakat di bahagian Betong menghadiri Kempen Kesedaran Awam Dalam Membantera­s Pembalakan Haram di Sarawak.
PENDEDAHAN: Seramai 34 ketua masyarakat di bahagian Betong menghadiri Kempen Kesedaran Awam Dalam Membantera­s Pembalakan Haram di Sarawak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia