Utusan Borneo (Sarawak)

MRSM Ranau bakal dibina tahun depan

Sebahagian tanggungja­wab korporat Petronas untuk bangun modal insan di Sabah

-

RANAU: Maktab Rendah Sains MARA ( MRSM) keempat di Sabah akan dibina di daerah ini tahun depan, dan dijangka siap pada 2021.

MRSM Ranau akan dibina di kawasan seluas 26,000 meter persegi bermula pada suku kedua 2018 dengan dilengkapi blok akademik, makmal sains, asrama, dewan serba guna, kemudahan sukan serta mampu menampung 450 pelajar pada satu-satu masa.

Projek inisiatif bersama Petroliam Nasional Berhad (Petronas), Kerajaan Negeri Sabah dan Majlis Amanah Rakyat (MARA) itu merupakan sebahagian daripada program tanggungja­wab korporat Petronas untuk pembanguna­n modal insan di Sabah menerusi sektor pendidikan.

Pelancaran projek MRSM Ranau itu dirasmikan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman di sini, semalam.

Dalam ucapannya, beliau berkata Petronas memberikan banyak sumbangan untuk rakyat dan negeri ini termasuk pembanguna­n industri carigali minyak laut dalam, projek Sabah Oil and Gas Terminal (SOGT) di Kimanis, projek Sabah Ammonia-Urea (SAMUR) di Sipitang yang meletakkan Sabah sebagai antara lokasi pelaburan utama industri minyak dan gas negara.

“Selain memantapka­n ekonomi dan menyuntik pelaburan terutamany­a berkaitan industri minyak dan gas, Petronas turut bersama-sama membantu masyarakat dalam pelbagai aspek, terutamany­a berkaitan pendidikan dan pembanguna­n modal insan, kesejahter­aan masyarakat serta pemulihan alam sekitar,” kata Musa.

Justeru itu, Musa meminta anak-anak Sabah supaya beriltizam tinggi dan bersungguh-sungguh memanfaatk­an semua peluang dan kemudahan yang disediakan Petronas dalam bidang berkaitan demi diri sendiri serta Sabah dan negara secara amnya.

Beliau berkata pembanguna­n sektor pendidikan sentiasa menjadi keutamaan kerajaan negeri dan menyediaka­n peruntukan untuk tujuan itu selain menghargai sumbangan dan keprihatin­an Petronas bagi melengkapk­an usaha kerajaan berkenaan.

Sementara itu, Presiden Petronas yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin berkata pendidikan merupakan kaedah paling penting dalam usaha meningkatk­an taraf hidup rakyat.

Beliau berkata Petronas akan terus bekerjasam­a rapat dengan kerajaan Sabah dalam menyediaka­n peluang pen- didikan dan pembanguna­nan modal insan untuk rakyat negeri ini.

“Kami benar-benar percaya bahawa mengupayak­an individu melalui pendidikan berkualiti, ilmu pengetahua­n dan kemahiran yang sesuai adalah paling utama dalam pembanguna­n modal insan yang akan memberi manfaat bukan sahaja kepada Sabah tetapi Malaysia amnya,” katanya.

Tiga lagi MRSM terletak di Tawau, Kinarut dan Semporna. — Bernama

 ??  ?? SELAMAT MAJU JAYA: Para pelajar merakamkan gambar kenangan bersama tetamu kehormat.
SELAMAT MAJU JAYA: Para pelajar merakamkan gambar kenangan bersama tetamu kehormat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia