Utusan Borneo (Sarawak)

Usaha cari pengedar makanan beku berkeupaya­an sukar

-

MIRI: Antara cabaran terbesar pengusaha makanan beku di Sarawak adalah mencari syarikat pengedar yang benar-benar berkeupaya­an memperluas­kan pengedaran produk kepada peniaga dan pelanggan.

Berkongsi pendapat, Pengarah Urusan Sixteen TwentyNine Sdn Bhd Kartini Sarkawi berkata ia merupakan tugas sukar kerana melibatkan aspek logistik khasnya penyimpana­n produk beku.

“Sukar untuk kita mencari syarikat pengedar yang kuat untuk produk makanan beku di Sarawak. Ini antara cabaran terbesar kita sebagai pengusaha produk ini,’ tegas Kartini yang ditemui semalam.

Beliau menambah, sokongan dari syarikat pengedar merupakan strategi pemasaran yang harus dititikber­atkan pengusaha makanan yang kebanyakka­nnya masih menumpukan kepada jualan langsung.

“Kita mahu memberi semangat kepada pengusaha produk bahawa terdapat kaedah lain untuk memasarkan produk kita. Yang penting ialah syarikat pengedar yang kita cari adalah diiktiraf dan yang terbaik,” ujarnya lanjut.

Kartini berkata, impian memasarkan produk iaitu pastri beku dan pes sambal keluaran syarikat di pasaran seluruh Sarawak adalah mus- tahil tanpa sokongan syarikat pengedar.

Selain sumber logistik, kepakaran dan jaringan hubungan yang ada pada syarikat pengedar membantu mendekatka­n produk kepada pembeli.

Semalam, syarikat pemborong dan pembekal produk beku, Mahkota Fresh Mart (MFM) Resources Sdn Bhd telah dilantik sebagai pengedar tunggal untuk produk Rania di seluruh Sarawak bermula 1 November.

Kartini berkata, kerjasama kedua syarikat akan memperkasa­kan sinergi pasaran untuk produk Rania dan menjadi asas kukuh untuk menembusi pasaran produk beku dan pes di negeri ini.

“Saya percaya kerjasama ini akan memberi impak positif dan kebaikan untuk kedua- dua belah pihak. Kita amat yakin dengan keupayaan mereka melihat kepada prestasi syari- kat mengedarka­n produk makanan beku selama ini,” jelasnya.

Kartini turut menyasarka­n pasaran di Sabah melihat kepada faktor kuasa beli tinggi untuk produk makanan beku.

Pengarah Urusan MFM, Gabriel Ling Seng Howe berkata, Sixteen TwentyNine Sdn Bhd merupakan syarikat pengeluar makanan beku pertama di Sarawak bekerjasam­a dengan mereka.

Ling berkata, mereka akan sedaya upaya membantu dalam usaha untuk mempromosi dan memasarkan produk tempatan.

Produk Rania terdiri dari kelupis pulut, popia makanan laut, karipap berinti daging, ayam dan ikan sardin serta pes sambal ikan bilis.

Produk juga dipasarkan di negara jiran Brunei Darussalam oleh syarikat pengimport dilantik, TGT Sdn Bhd Brunei sejak Julai lalu.

 ??  ?? CARI PENGEDAR: Dari kiri, Gabriel, Kartini dan dua kakitangan MFM menunjukka­n produk Rania selepas pertemuan di pejabat Sixteen TwentyNine semalam.
CARI PENGEDAR: Dari kiri, Gabriel, Kartini dan dua kakitangan MFM menunjukka­n produk Rania selepas pertemuan di pejabat Sixteen TwentyNine semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia