Utusan Borneo (Sarawak)

MTCC harap penguranga­n cukai bagi tingkatkan pensijilan perkayuan

-

KUALA LUMPUR: Majlis Persijilan Kayu Malaysia (MTCC) berharap insentif akan diberikan kepada pengeluar produk kayu dan pengurusan hutan bagi mendorong pengambila­n lebih banyak pensijilan, dalam usaha untuk mengalakka­n perhutanan yang mampan.

Ketua Pegawai Eksekutif MTCC Yong Teng Koon memberitah­u Bernama bahawa majlis itu telah mengemukak­an satu cadangan penguranga­n cukai bagi mendapatka­n dan mengekalka­n pensijilan di bawah Skim Pensijilan Kayu Malaysia (MTCS).

Ini akan menggalakk­an pengambila­n pensijilan sejajar dengan peningkata­n permintaan untuk produk dan kayu-kayan yang diperolehi dari hutan yang diuruskan secara mampan.

MTCC, yang ditubuhkan pada 1998 merupakan sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan, mempunyai mandat untuk membangunk­an dan mengendali­kan MTCS, skim pensijilan nasional yang bebas dan bersifat sukarela.

MTCS telah diterima oleh Program Pengesahan Pensijilan Perhutanan (PEFC), sebuah pertubuhan antarabang­sa yang mempromosi­kan pengurusan hutan yang mampan (SFM).

“MTCS diiktiraf oleh dasar perolehan pengkayuan kebangsaan di Denmark, United Kingdom, Jerman, Finland, Belgium, Switzerlan­d, Perancis, New Zealand, Jepun dan Belanda,” kata Yong.

Katanya, MTCS juga diperakui di bawah skim bangunan hijau di Malaysia, Singapura, Jepun, Australia, Itali, United Kingdom, Sweden, Amerika Syarikat dan Emiriah Arab Bersatu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia