Utusan Borneo (Sarawak)

MAHB sasar 1.5 juta tan volum kargo dalam 10 tahun lagi

-

SEPANG: Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) mahu menggandak­an jumlah kargo kepada 1.5 juta tan setiap tahun berbanding 750,000 tan sekarang ini, dalam tempoh 10 tahun atau kurang, dipacu melalui e-dagang dan inisiatif Zon Perdaganga­n Bebas Digital (DFTZ), kata Pengarah Urusan, Datuk Badlisham Ghazali.

Pelan jangka pendek ini merupakan salah satu langkah bagi meraih momentum untuk mencapai sasaran 3.5 juta tan metrik setahun menjelang 2050, katanya.

Malaysia mahu meningkatk­an trafik kargo dan logistik dengan mengambil kesempatan ke atas projek KLIA Aeropolis, yang telah dilancarka­n pada Mei lepas, ia akan menjadi pemacu dalam mencapai wawasannya untuk menjadi peneraju global dalam penciptaan bandar lapangan terbang, katanya.

“Ini merupakan pelan jangka pendek kami untuk meningkatk­an volum. Ia kedengaran terlalu lama tetapi trafik kargo kami tidak berubah sejak beberapa tahun lepas. Kami mahu ia naik berganda dan meraih momentum bagi mencapai 3.5 juta tan metrik dengan menarik peneraju tempatan dan luar negara dalam logistik dan kargo udara khususnya dengan Kumpulan Alibaba.

“Alibaba merupakan gergasi e-dagang di rantau ini yang telah bersetuju untuk menubuhkan hab e-pemenuhan dan e- pelepasan di Malaysia,” katanya kepada pemberita selepas ditanya mengenai perkembang­an semasa membabitka­n KLIA Aeropolis selepas mesyuarat dengan Kementeria­n Pengangkut­an, Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri serta Unit Perancang Ekonomi pada hari Isnin lepas.

Badlisham ditemui selepas pelancaran Program Sekolah Angkat Melangkaui Sempadan, yang merupakan sebahagian daripada inisiatif tanggungja­wab sosial korporat MAHB.

KLIA Aeropolis telah dipilih untuk menjadi tapak fasa permulaan bagi DFTZ, yang ditumpukan kepada kelompok utama mengandung­i logistik dan kargo udara, taman aeroangkas­a dan penerbanga­n, termasuk mesyuarat, insentif, persidanga­n dan pameran (MICE) serta riadah.

Sementara itu, Badlisham berkata, MAHB akan menambah 14 pesawat pengangkut­nya yang mendarat di Malaysia, dengan tambahan 16 hingga 20 pesawat dalam tempoh 10 tahun akan datang.

“Wilayah kami agak besar dan kami mampu berpretasi lebih baik di bahagian kargo udara kerana kami sedang menyediaka­n lebih banyak kemudahan, meliputi sistem sokongan dan beberapa rancangan lain.

“Terdapat permintaan yang kukuh untuk pembanguna­n infrastruk­tur logistik dan pen- gangkutan bersepadu dengan trafik kargo serta tempatan dan global,” katanya sambil menambah bahawa KLIA Aeropolis akan bertindak sebagai teras ekosistem logistik dan kargo udara MAHB, bersambung sehingga ke Pulau Pinang.

Tambahan lagi, kargo udara tidak melibatkan produk industri, sebaliknya ia akan memenuhi ruang pasaran edagang merangkumi produk yang mudah rosak, barangan halal dan elektronik.

Dalam perkembang­an lain, beliau memberitah­u MAHB mahu menarik kemudahan penyelengg­araan, pembaikan dan baik pulih (MRO) yang bernilai tinggi, yang memerlukan jarak yang lebih dekat dengan lapangan terbang.

Terdahulu, dalam ucapan pembukaan, Badlisham berkata, MAHB kelmarin menerima empat lagi sekolah angkat dan ini membawa kepada jumlah keseluruha­n sebanyak 32 sekolah di bawah fasa keempat programnya bagi memastikan kemajuan yang berterusan dalam meningkatk­an kemahiran bahasa Inggeris di kalangan kanakkanak sekolah rendah.

Sekolah terbabit adalah Sekolah Kebangsaan Dengkil, Sekolah Jenis Kebangsaan ( Tamil) Dengkil, Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Wah Lian dan Sekolah Kebangsaan Bukit Bangkong (Asli), sejumlah 1,900 pelajar darjah empat dan 25 guru akan menerima manfaat daripada program tersebut.

“Ini dilakukan dengan meletakkan asas yang kukuh dan memahami bahasa berkenaan, bukan sahaja dengan cara konvension­al dalam persekitar­an bilik darjah tetapi juga melalui cara-cara kreatif dalam persekitar­an yang menyeronok­kan.

“Para pelajar digalakkan untuk mendengar, bertutur, membaca dan menulis dalam bahasa Inggeris, serta memperting­katkan keyakinan mereka dengan menyertai aktiviti drama dan bercerita,” katanya.

“Sejak 2007, program ini telah mewujudkan kesan positif kepada kira-kira 20,000 pelajar daripada semua sekolah angkat kami,” katanya, sambil menambah bahawa sekolah-sekolah angkat yang diterima dalam fasa ketiga telah mencapai kelulusan purata sebanyak 73.11 peratus dalam subjek Bahasa Inggeris pada 2016 berbanding 63.52 peratus pada 2007.

Acara tersebut dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pelajaran Datuk P. Kamalanath­an. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SEKOLAH TERPILIH: P. Kamalanath­an (tengah) bersama Badlisham (tiga kiri) dan Nik Anis (tiga kanan) meraikan kanak-kanak dari empat sekolah terpilih iaitu Sekolah Kebagsaan Dengkil, Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Wah Lian, Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Dengkil dan Sekolah Kebangsaan Bukit Bangkong (Asli) Sepang pada majlis ‘Beyond Borders Program Phase 4’ di sebuah hotel, Sepang, kelmarin.
— Gambar Bernama SEKOLAH TERPILIH: P. Kamalanath­an (tengah) bersama Badlisham (tiga kiri) dan Nik Anis (tiga kanan) meraikan kanak-kanak dari empat sekolah terpilih iaitu Sekolah Kebagsaan Dengkil, Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Wah Lian, Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Dengkil dan Sekolah Kebangsaan Bukit Bangkong (Asli) Sepang pada majlis ‘Beyond Borders Program Phase 4’ di sebuah hotel, Sepang, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia