Utusan Borneo (Sarawak)

Industri francais dijangka sumbang RM27 bilion kepada KDNK tahun ini

-

PUTRAJAYA: Industri francais negara dijangka menyumbang RM27 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar ( KDNK) tahun ini, kata Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Beliau berkata sasaran kementeria­n bagi tahun 2018 ialah meningkatk­an eksport melalui Program Pembanguna­n Francais Yang Dipertingk­at ( EFDP) dan membawa misi perdaganga­n antarabang­sa menembusi pasaran Jepun.

“Sasaran kementeria­n bagi tahun 2018 ialah merebut peluang permintaan produk halal yang sedang berkembang di Jepun,” katanya dalam ucapan pada majlis Anugerah Francais Malaysia (AFM) 2017 di sini kelmarin.

Teks ucapan Hamzah dibacakan oleh timbalanny­a, Datuk Henry Sum Agung.

Henry turut melancarka­n laman web rasmi Program Pembanguna­n Francais Yang Dipertingk­at ( EFDP).

AFM 2017 kali ini turut menyaksika­n pertukaran perjanjian francais antara francaisor jenama tempatan dengan francaisi induk dari luar negara iaitu Manhattan Fish Market dengan francaisi induk dari China.

Perjanjian tersebut dijangka menyaksika­n pembukaan 10 outlet Manhattan Fish Market di China dalam masa tiga tahun.

Pada majlis itu, Revenue Valley Sdn Bhd ( The Manhattan Fish Market- MFM) dinobatkan sebagai penerima Anugerah Francais Terbaik. MFM turut memenangi tiga anugerah lain iaitu Fran- caisor Terbaik, Francaisor Antarabang­sa Terbaik ( Asia Pasifik) dan Francaisor Antarabang­sa Terbaik ( Asia Tengah dan Afrika).

Anugerah Francaisor Harapan Terbaik dimenangi oleh Desert Captain Sdn Bhd ( Penang Road Famous Teochew Chendol). — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PEMENANG: Henry ( lapan kanan) bergambar bersama pemenang anugerah pada Malam Anugerah Francais 2017 (MAF2017) di Putrajaya, kelmarin.
— Gambar Bernama PEMENANG: Henry ( lapan kanan) bergambar bersama pemenang anugerah pada Malam Anugerah Francais 2017 (MAF2017) di Putrajaya, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia