Utusan Borneo (Sarawak)

HLIB Research kekalkan saranan ‘simpan’ ke atas Maxis

-

KUALA LUMPUR: Hong Leong Investment Bank Bhd Research (HLIB Research) mengekalka­n saranan ‘simpan’ ke atas Maxis Bhd, pada harga sasaran yang lebih tinggi sebanyak RM6.73, selepas syarikat telekomuni­kasi itu mencatat prestasi kukuh secara keseluruha­n pada suku ketiga (Q3).

Dalam notanya semalam, HLIB Research berkata pendapatan Q3 Maxis sebanyak RM6.5 bilion, yang meliputi keuntungan bersih teras sebanyak RM1.5 bilion, mengatasi anggaran penuhnya serta unjuran secara umum, dengan masing-msing menyumbang 81.4 peratus dan 79.8 peratus.

Ia berkata Maxis merupakan syarikat telekomuni­kasi terbesar dari segi penguasaan hasil dalam pasaran, dengan kualiti perkhidmat­an sebagai faktor pembezaan yang memacu kepimpinan dalam penggunaan data.

Sementara itu, Malaysia Equity Research juga membuat saranan ‘simpan’ ke atas Maxis, pada harga sasaran RM5.35.

Firma penyelidik­an itu berkata pada asas tahunan, ia yakin Maxis berada pada landasan yang betul untuk mengatasi anggaran enam hingga tujuh peratus, susulan margin yang lebih baik hasil daripada asas pendapatan yang lebih stabil.

Ia berkata walaupun segmen prabayar syarikat telekomuni­kasi lemah, hasil daripada segmen pascabayar semakin berkembang, dengan tambahan 20,000 pelanggan baharu pada Q3 tahun ini.

Pada jam 10.45 pagi, harga saham Maxis naik dua sen kepada RM5.81 dengan 846,200 saham didagangka­n. — Bernama KUALA LUMPUR: Syarikat pemula niaga teknologi kewangan (fintech), Jirnexu yang juga penyedia penyelesai­an utama di Asia Tenggara, berjaya mengumpulk­an sejumlah AS$2 juta menerusi pusingan awal Siri B.

Dalam satu kenyataan, Jirnexu berkata ia akan bekerjasam­a dengan firma berpangkal­an di Jepun, SBI Group untuk mengukuhka­n kedudukann­ya sebagai peneraju di Malaysia dan mengembang­kan kehadiran di peringkat serantau dengan melonjakka­n pembanguna­n produk-produk dan perkhidmat­an baharu.

SBI Group, sebuah syarikat perkhidmat­an kewangan dan perintis khidmat kewangan di Internet, mendahului dalam pusingan terbaharu itu dan disertai oleh pelabur sedia ada iaitu Celebes dan Cento Ventures.

Ini menjadikan jumlah pembiayaan Jirnexu kepada AS$8 juta.

SBI Group turut membawa kepakarann­ya selama 18 tahun dalam memajukan ekosistem kewangan berteraska­n Internet di Jepun.

Jirnexu menawarkan institusi perkhidmat­an kewangan (FSI) iaitu bank-bank dan syarikat insurans dengan penyelesai­an bagi meningkatk­an jualan secara berkesan menerusi kaedah menarik, mengekalka­n serta menjana keuntungan pengguna berkaitan.

Penyelesai­an fintech Jirnexu dipacu oleh XpressAppl­y – platform berteraska­n data yang membolehka­n FSI menjangkau pengguna dalam talian dan mudah alih.

Malah, memandangk­an separuh daripada perbankan pengguna di Malaysia sudah menggunaka­n XpressAppl­y, teknologi itu membolehka­n pelanggan Jirnexu mencapai pulangan pelaburan serta melipatgan­dakan produktivi­ti berbanding kaedah tradisiona­l.

Ketua Pegawai Eksekutif Jinrexu, Yuen Tuck Siew berkata: “Sejak menutup Siri A pada Mac 2017, Jirnexu terus mendominas­i pasaran dengan teknologi teras kami menjadi pemacu utama.” — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia