Utusan Borneo (Sarawak)

Dirai pada majlis konvokesye­n mini

- Oleh Agnes Tugong

SERAMAI 452 kanak-kanak dari Tabika dan Taska Permata KEMAS bagi Parlimen P.194 Petra Jaya diraikan pada majlis konvokesye­n mini di salah sebuah hotel terkemuka di Kuching, barubaru ini.

Kanak-kanak yang diraikan ini masing-masing dari empat buah Taska Permata KEMAS dan 41 tabika dari tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Petra Jaya iaitu Tupong, Samariang dan Satok.

Majlis tersebut telah dihadiri ADUN Tupong Fazzrudin Abdul Rahman mewakili Ahli Parlimen Petra Jaya Dato Sri Fadillah Yusof yang juga Menteri Kerja Raya dan sekali gus menyampaik­an sijil kepada kanak-kanak yang diraikan.

Selain penyampaia­n sijil, konvokesye­n mini tersebut turut diserikan lagi dengan persembaha­n koir oleh kanak-kanak tabika dan taska KEMAS serta persembaha­n tarian selamat datang dan bahasa berirama.

Dalam pada itu, majlis ini merupakan salah satu daripada kokurikulu­m pendidikan prasekolah yang diadakan setiap tahun bagi kanakkanak yang telah menamatkan pembelajar­an di peringkat tabika dan taska.

Konsep ini bertujuan memberi peluang dan galakan kepada kanak-kanak dalam menguasai kemahiran asas dan pengalaman yang memudahkan mereka menerima pendidikan formal di alam persekolah­an kelak.

Selain meraikan kejayaan kanak- kanak yang telah berjaya menamatkan pembelajar­an, majlis ini juga bertujuan memberi galakan untuk mereka meneruskan kecemerlan­gan dan penglibata­n mereka apabila memasuki alam persekolah­an sebenar.

 ??  ?? TAHNIAH: Fazzrudin menyampaik­an sijil kepada salah seorang kanak-kanak. TAMAT PENGAJIAN: Wajah-wajah sebahagian daripada 452 kanak-kanak yang diraikan. TEKAD: Kanak-kanak Tabika dan Taska KEMAS Parlimen Petra Jaya membaca ikrar. SEIRAMA: Persembaha­n bahasa berirama turut menyerikan upacara konvokesye­n Tabika dan Taska KEMAS Parlimen Petra Jaya.
TAHNIAH: Fazzrudin menyampaik­an sijil kepada salah seorang kanak-kanak. TAMAT PENGAJIAN: Wajah-wajah sebahagian daripada 452 kanak-kanak yang diraikan. TEKAD: Kanak-kanak Tabika dan Taska KEMAS Parlimen Petra Jaya membaca ikrar. SEIRAMA: Persembaha­n bahasa berirama turut menyerikan upacara konvokesye­n Tabika dan Taska KEMAS Parlimen Petra Jaya.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia