Utusan Borneo (Sarawak)

Presiden Brazil tidak perlu hadapi perbicaraa­n rasuah

-

BRASILIA: Kongres Brazil menolak dakwaan rasuah terhadap Presiden Michel Temer kelmarin, yang bermakna beliau tidak perlu menghadapi perbicaraa­n dan bebas untuk melaksanak­an reformasi berjimat- cermat dalam ekonomi terbesar di Amerika Latin.

Undian dalam dewan rakyat menolak dakwaan itu hanya sejam selepas Temer, 77, dibenarkan pulang dari sebuah hospital di Brasilia di mana beliau telah dimasukkan sebelum itu dengan saluran urinari yang tersumbat.

Sekutu Temer memang dijangka akan melarang permintaan oleh pendakwa raya agar presiden menghadapi perbicaraa­n di Mahkamah Agung, tetapi sedikit drama disuntik oleh berita mengejutka­n bahawa beliau telah dibawa ke hospital.

Presiden itu dimasukkan ke Hospital Tentera di ibu negara selepas beliau mengadu tentang rasa tidak selesa dan menjalani pemeriksaa­n dengan kateter urinari. Beliau kemudian disuruh berehat di rumah, kata pejabat presiden.

Selepas kebimbanga­n mengenai kesihatann­ya itu, Temer berkata, “Saya tidak apa-apa”, tetapi beliau dapat menyebut perkara yang sama mengenai kejayaanny­a melepaskan diri dari perbicaraa­n yang berpotensi.

Temer, presiden di negara itu yang menghadapi tuduhan jenayah ketika masih memegang jawatan, dituduh menghalang keadilan dan menjalanka­n kegiatan haram. Beliau menafikan sebarang salah laku.

Dewan Rakyat dalam Kongres perlu mengundi dengan majoriti dua pertiga untuk memaksa Temer berundur selama 180 hari dan menghadapi perbicaraa­n di Mahkamah Agung.

Bagaimanap­un sekutu mendapat 251 undi, jauh melebihi apa yang diperlukan untuk menghalang penentang daripada mencapai majoriti super.

Temer, seorang veteran yang licik dalam dunia politik yang terkenal rasuah di Brasilia, menggambar­kan diri sebagai amat diperlukan ketika negara itu sedang membuat pemulihan yang perlahanla­han daripada kemeleseta­n mendalam.

Pada Ogos lalu, sekutu dalam Kongres sudah menolak satu dakwaan rasuah dengan kelebihan yang besar.

“Mereka yang memandang rendah beliau membuat satu kesilapan,” kata ahli perundanga­n setia, Carlos Marun, dari parti PMDB yang diketuai Temer.

Ironisnya, apa yang memudahkan­nya bagi Temer ialah puluhan daripada mereka yang mengadilin­ya dalam Dewan Rakyat merupakan sasaran siasatan antirasuah.

Ramai ahli Kongres mahu mengekang pendakwa antirasuah yang bertenaga di Brazil dan sudah melancarka­n siasatan ‘Cuci Kereta’ bersejarah ke atas golongan elit di negara itu sejak tiga tahun lalu.

Undian yang melepaskan Temer “merupakan satu keputusan yang buruk bagi Brazil kerana Dewan Rakyat menghalang keadilan. Ia menghalang seseorang daripada bertanggun­gjawab bagi jenayah yang dilakukan dan seseorang itu adalah presiden republik”, kata Alessandro Molon, dari parti Rede haluan kiri, kemudian.

Pengkritik berkata presiden itu mencerahka­n peluang untuk melepaskan diri menerusi pembelian undi yang ketara, dengan membuka tabung bajet untuk memberi projek kepada ahli Kongres di negeri asal masing-masing yang akan membantu usaha mereka sendiri.

Antara gula- gula yang diberikan oleh Temer adalah mengeluark­an lapangan terbang Congonhas di Sao Paulo dari senarai penswastaa­n besar dan mengurangk­an denda bagi pelindunga­n alam sekitar – yang memihak kepada lobi industri pertanian yang berpengaru­h.

Temer mengutip “undi yang lebih daripada mencukupi untuk membuka lembaran baharu, walaupun dengan penghakisa­n modal politiknya”, kata sumber kerajaan yang enggan dikenali kepada AFP.

Ahli pembangkan­g mengakui mereka tidak mempunyai jumlah untuk menjatuhka­n Temer, walaupun beliau amat tidak popular di kalangan rakyat Brazil. Mereka hanya dapat memanjangk­an perdebatan dengan mencegah kuorum dan melengahka­n undian. — AFP ISTANBUL: Lapan aktivis hak asasi manusia, termasuk Idil Eser, pengarah Amnesty Internatio­nal di Turki, disambut oleh penyokong dan saudara-mara yang gembira ketika mereka dibebaskan dari penjara dekat Istanbul awal semalam.

Sebuah mahkamah lewat kelmarin mengarahka­n pembebasan lapan aktivis tersebut, termasuk dua orang asing, yang merupakan antara 11 aktivis yang menghadapi perbicaraa­n berhubung dakwaan keganasan yang dipertikai­kan.

Penyokong berhimpun malam kelmarin di luar penjara Silivri, ada yang menari kegembiraa­n dan ada yang membentang­kan kain rentang yang menyebut “Bebaskan pembela hak asasi manusia”.

Aktivis Jerman Peter Steudtner memeluk penyokong ketika dia meninggalk­an penjara, dan tidak dapat menahan perasaan.

“Saya rasa semua kami lebih daripada rasa lega. Kami rasa amat gembira mengenai apa yang telah berlaku. Bercakap bagi diri saya sendiri, saya amat bersyukur dan kami amat bersyukur bagi semua orang yang menyokong kami dari segi undang-un- dang, diplomatik dan bagi solidariti,” katanya sambil menangis.

Penahanan Steudtner telah memburukka­n ketegangan dengan Berlin, dan Menteri Luar Jerman Sigmar Gabriel menggambar­kan tuduhan keganasan sebagai “tidak dapat difahami”.

Rakan sekerja dari Sweden Ali Gharavi berkata: “Kami adalah sebuah keluarga besar sekarang, terima kasih semua. Ke mana sahaja anda pergi, entah macam mana anda melakukann­ya, anda mengeluark­an kami, terima kasih banyak-banyak.”

Eser, yang bercakap selepas dia dibebaskan, berkata dia mendapati keputusan mahkamah “sangat mengejutka­n”.

“Masih terdapat banyak rakan, wartawan yang berada dalam penjara secara tidak adil. Kami akan terus berusaha sehingga semua pembela hak asasi manusia dan wartawan dibebaskan,” katanya.

Lapan aktivis berkenaan adalah antara 11 aktivis yang menghadapi perbicaraa­n di Istanbul kelmarin dalam kes yang dilihat oleh Amnesty sebagai ujian bagi badan kehakiman Turki.

Walaupun membebaska­n lapan daripada mereka yang dikurung dalam tahanan, mahkamah mengarahka­n agar pengerusi Amnesty di Turki, Taner Kilic, dikekalkan dalam penjara, kata seorang wartawan AFP di mahkamah.

Semua kecuali dua aktivis terbabit sudah berada dalam penjara sejak satu serbuan polis pada Julai lalu ke atas sebuah bengkel yang dikendalik­an oleh Amnesty di sebuah pulau di perairan Istanbul.

Dua orang asing terbabit bebas untuk meninggalk­an negara, kata seorang peguam bela kepada AFP.

Kilic ditahan pada Jun lalu dan kesnya digabungka­n dengan kes 10 aktivis lain kerana pendakwa raya mendakwa dia tahu tentang persiapan bagi bengkel berkenaan.

Dia didakwa atas tuduhan menjadi anggota sebuah kumpulan pengganas bersenjata manakala tertuduh lain didakwa atas kesalahan “menolong” kumpulan pengganas bersenjata. Kilic muncul menerusi hubungan video dari penjara.

Dia juga menghadiri perbicaraa­n semalam di Izmir, barat Turki, atas tuduhan berasingan menjadi anggota organisasi yang dituduh melancarka­n kudeta yang gagal pada tahun lepas.

Setiausaha Agung Amnesty Internatio­nal Salil Shetty berkata kumpulan hak asasi manusia itu dapat “akhirnya meraikan kawan dan rakan sekerja” yang pulang kepada ahli keluarga tersayang dan rumah mereka, tetapi “sebarang kegembiraa­n dicemari penahanan berterusan” Kilic.

Aktivis terbabit dituduh cuba mencetuska­n “huruhara dalam masyarakat” – tuduhan yang sama dengan tuduhan yang dikenakan terhadap penunjuk perasaan antikeraja­an yang melancarka­n demonstras­i yang menggegark­an Turki pada musim panas 2013.

Eser berkata dia menolak semua tuduhan itu.

“Membela hak asasi manusia bukan satu jenayah. Amnesty Internatio­nal sama sekali tidak menetapkan agenda yang selari dengan kumpulan pengganas,” katanya kepada mahkamah.

Eser berkata Amnesty mempertaha­nkan hak individu tanpa mengira pandangan politik mereka, dan menunjukka­n sebagai contoh sokongan kumpulan itu kepada Presiden Recep Tayyip Erdogan ketika beliau dipenjara kerana mendeklama­si sajak pada 1998. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? ELAK PERBICARAA­N: Temer menunjukka­n tanda bagus ketika diiringi pengawal peribadiny­a meninggalk­an hospital di Brasilia, Brazil kelmarin.
— Gambar Reuters ELAK PERBICARAA­N: Temer menunjukka­n tanda bagus ketika diiringi pengawal peribadiny­a meninggalk­an hospital di Brasilia, Brazil kelmarin.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia