Utusan Borneo (Sarawak)

PEMILIK, PENYEWA HILANG TEMPAT BERTEDUH

-

Seorang pemilik dan empat penyewa hilang tempat berteduh apabila rumah didiami mereka ranap dalam kebakaran di Lorong Mulia 2, Kampung Tudan Fasa 2, di sini awal pagi semalam.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Miri Penguasa Kanan Bomba I Law Poh Kiong berkata, kebakaran berlaku kira-kira jam 2 pagi melibatkan sebuah rumah dua tingkat separuh kekal terbakar dalam anggaran 90 peratus.

“Pemilik rumah dikenali Soi Chin Chai, 41, dan kebakaran dipercayai berlaku pada bahagian atas rumah.

“Semasa kejadian berlaku, semua mangsa berjaya menyelamat­kan diri,” katanya di sini semalam.

Law berkata, lima anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lopeng diketuai Pegawai Bomba Kanan II Jimmy Suhaili berserta sebuah jentera FRT Scania bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 2.14 pagi.

Selain itu, pagi semalam dua pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah melawat lokasi kejadian untuk mengesan mangsa terlibat.

Namun, semua mangsa tidak dapat dikesan kerana tiada di lokasi kejadian dipercayai telah menumpang di rumah rakan dan saudara.

Sementara itu, jiran tinggal di belakang rumah tersebut yang tidak mahu namanya disiarkan, memberitah­u bahawa dia yang sedang tidur pada waktu itu menyedari kebakaran apabila terdengar bunyi percikan api.

“Apabila saya bangun dari tidur dan melihat keadaan sekeliling, saya terkejut rumah jiran saya terbakar justeru mengejutka­n semua penghuni rumah sewa saya,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? HANGUS: Keadaan rumah terbakar dijilat api awal pagi semalam.
HANGUS: Keadaan rumah terbakar dijilat api awal pagi semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia