Utusan Borneo (Sarawak)

3.3 juta pekerjaan baharu dijangka pada penghujung RMK11

-

KUCHING: Malaysia dijangka menawarkan sebanyak 3.3 juta pekerjaan baharu pada penghujung Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK11).

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot Jaem berkata daripada jumlah tersebut, sebanyak 60 peratus pekerjaan memerlukan tenaga kerja mahir dalam bidang Latihan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET).

“Pada awal RMK11, sebanyak 1.5 juta pekerjaan baharu dijangka diwujudkan dengan 60 peratus daripadany­a memerlukan pekerja mahir.

“Namun dalam Bajet 2018 dianggarka­n jumlah pekerjaan baharu yang akan diwujudkan meningkat kepada 3.3 juta sehingga penghujung RMK11.

“Ini bermakna, TVET akan menjadi satu bidang yang amat penting kepada kita untuk mencapai status negara maju berpendapa­tan tinggi menjelang 2020,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutupan Pertanding­an Worldskill­s Malaysia Sarawak 2017 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini semalam.

Tambah Riot, bagi melahirkan lebih ramai tenaga kerja mahir dalam bidang TVET, kerajaan dalam Bajet 2018 telah meluluskan sejumlah besar peruntukan untuk memperkasa­kan bidang ini.

“Buat pertama kalinya, dalam Bajet 2018 yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Jumaat lepas kita menerima peruntukan besar sebanyak RM4.9 bilion untuk memperkasa­kan bidang TVET.

“Perdana Menteri telah memberi amanah kepada Kementeria­n Sumber Manusia untuk menerajui tugas ini yang amat penting kepada negara kita,” katanya.

Mengulas mengenai pertanding­an tersebut, ia merupakan program anjuran Jabatan Pembanguna­n Kemahiran Wilayah Sarawak, Kementeria­n Sumber Manusia bersama Kementeria­n Pen- didikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi Sarawak.

Ini merupakan julung kalinya pertanding­an ini diadakan di Sarawak dan telah menarik penyertaan 209 belia negeri dari seluruh Sarawak yang telah mengambil bahagian dalam 11 bidang kemahiran dipertandi­ngkan.

“Pertanding­an Worlds Skill (WSC) telah bermula di Taipei dan disertai 77 negara dan Malaysia tidak pernah memenangi pertanding­an ini sehingga tahun 2015 di Brazil apabila tiga daripada lima peserta dari Sarawak menerima Medallion Excellence.

“Pada WSC tahun ini di Abu Dhadi, tiada wakil Sarawak dan kita berharap kita akan mempunyai wakil dari Sarawak pada pertanding­an di Rusia pada 2019 nanti,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia