Utusan Borneo (Sarawak)

Calon SPM, STPM diingatkan jangan leka

Jangan leka dengan gajet, ulang kaji pelajaran untuk capai keputusan cemerlang

- Oleh Mohamad Norhadie Sahari

MIRI: Pelajar bakal menduduki peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolah Malaysia (STPM) beberapa minggu lagi diingatkan agar tidak leka dengan telefon bimbit atau gajet.

Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin berkata sebaliknya pelajar terbabit perlu mengulang kaji pelajaran untuk mencapai keputusan cemerlang.

“SPM penting kerana menentukan langkah seterusnya, jika lulus pelajar boleh meneruskan pengajian ke universiti atau memilih bidang kemahiran,” katanya pada Majlis Graduasi SMK Pujut di sini semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin itu memberitah­u, bagi mencapai matlamat tersebut pelajar harus meninggalk­an seketika gajet mereka supaya fokus mengulang kaji pelajaran.

“Tinggalkan seketika telefon bimbit atau gajet kepada ibu bapa sementara masih ada masa beri tumpuan sepenuhnya mengulang kaji pelajaran,” katanya.

Menurutnya, gagal SPM tidak bermakna pelajaran akan terhenti sebaliknya pelajar-pelajar mempunyai pilihan menceburi bidang Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET).

“Ibu bapa harus menyedari bidang TVET juga menjanjika­n pekerjaan dengan pendapatan lumayan dan tidak hanya menumpukan pekerjaan kolar putih,” jelasnya.

Menurutnya, dengan ke- mahiran mereka pelajari di institusi kemahiran, pelatihpel­atih boleh bekerja sendiri seperti sebagai juruelektr­ik, pekerja kimpalan dan sebagainya.

“Ada pelatih dari Miri meraih pendapatan RM30,000 sebulan bekerja di luar negara dalam bidang minyak dan gas, pasaran pekerjaan kini lebih mencari pekerja berkemahir­an tinggi,” katanya.

Sehubungan itu, ibu bapa perlu mengubah stigma serta memberi ruang kepada anak-anak menceburi bidang kemahiran diperlukan dalam industri berkapasit­i tinggi.

Kira-kira 403 pelajar cemerlang menerima anugerah dan sijil masing-masing pada majlis graduasi itu.

Hadir sama Pengetua SMK Pujut Koh Chee Kiat, pengerusi penganjur Jocelyn James, Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Pujut Albert Bangau serta ibu bapa.

SPM penting kerana menentukan langkah seterusnya, jika lulus pelajar boleh meneruskan pengajian ke universiti atau memilih bidang kemahiran. ” Datuk Lee Kim Shin Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan

 ??  ?? TAHNIAH: Lee (tiga kanan) menyampaik­an anugerah kepada salah seorang pelajar cemerlang pada Majis Graduasi SMK Pujut di Miri semalam.
TAHNIAH: Lee (tiga kanan) menyampaik­an anugerah kepada salah seorang pelajar cemerlang pada Majis Graduasi SMK Pujut di Miri semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia