Utusan Borneo (Sarawak)

20 tetamu dari Korea Selatan dijamu atas kapal di Sungai S’wak

-

KUCHING: Lembaga Pelanconga­n Sarawak (STB) menganjurk­an jamuan makan di atas kapal layar di Sungai Sarawak untuk lebih 20 tetamu dari Korea Selatan, semalam.

Antara yang hadir ialah jurulatih Kelab Bola Sepak Suwon ( Suwon FC) Choi Youngil, Choi Jinchul dan Lee Sangyoon serta penjaga gol Noh Jihoon.

Tetamu selebriti Korea termasuk pelakon filem dan drama Jung Euigap, Jung Taewo, Park Sangmyun, Yoon Taeksang dan Kom Dongyoon, pelawak Kim Hakdo, penyanyi Joosuc dan Kim Donggyun, selain selebriti lain seperti Gu Jamyung dan Son Myunggi.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif STB Mary Wan Mering dalam ucapannya berkata, majlis itu adalah satu keistimewa­an untuk mengenali personalit­i popular Korea untuk berkongsi dengan mereka apa yang ditawarkan Sarawak.

“Kita gembira selebriti tersebut turut membawa keluarga, kawan dan peminat mereka untuk melawat Sarawak dan tinggal lebih lama untuk meneroka budaya, pengembara­an dan alam yang unik yang ditawarkan oleh Sarawak,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Bekas pemain bola sepak kebangsaan Korea dan kini seorang jurulatih, Choi Jinchul mengimbas semula pengalaman­nya berada di Malaysia ketika masih aktif bermain bola sepak, namun pada ketika itu hanya melawat Kuala Lumpur dan stadium bola berhampira­n, dan kini menikmati pengalaman­nya di Sarawak untuk kali pertama.

“Saya bertuah kerana dapat mengalami dan mengetahui Kuching dan budayanya menerusi STB,” katanya.

Bagi Park Sangmyun, beliau turut menikmati lawatannya ke bandar raya ini meskipun berdepan jadual padat tetapi berpeluang menikmati ketenangan pelayaran di Sungai Sarawak.

Suwon FC baru- baru ini menandatan­gani Memorandum Persefaham­an (MoU) dengan Persatuan Bola Sepak Kuching ( KFA) dalam menaja pemain dari KFA untuk berlatih dengan kelab di bandar Suwon bermula tahun depan.

Majlis menandatan­gani MoU disaksikan Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.

 ??  ?? LAYANAN MESRA: Korea. Mary merakam kenangan bersama selebriti
LAYANAN MESRA: Korea. Mary merakam kenangan bersama selebriti

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia