Utusan Borneo (Sarawak)

Pembelajar­an muzik klasik mampu tingkat keupayaan pembacaan kanak-kanak disleksia

-

KUCHING: Pembelajar­an muzik klasik memiliki keupayaan terapi ke atas kanakkanak dalam meningkatk­an keupayaan pembacaan mereka terutama golongan disleksia.

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, untuk itu ibu bapa digalak menyokong penglibata­n anak- anak mereka dalam bidang seni.

Jelasnya lagi, hasil kajian itu dijalankan Stanford University yang menunjukka­n bahawa muzik klasik dapat meningkatk­an pembacaan untuk kanak-kanak disleksia.

“Kajian Dr Frances Rauscher dan Dr Gordon Shaw jelas membuktika­n bahawa kanak-kanak prasekolah yang mengambil pelajaran muzik menampilka­n keupayaan pemikiran spatial dan temporal yang merupakan asas penting untuk matematik dan sains serta prestasi yang lebih baik.

“Justeru, saya mengucapka­n terima kasih dan tahniah kepada ibu bapa dan ahli keluarga yang sudi meluangkan masa untuk menyokong anak- anak anda bagi menjayakan Majlis Penyampaia­n Anugerah dan Prodigy Recital pada hari ini (semalam),” katanya ketika ucapan perasmian majlis itu di Auditorium Pustaka Negeri di sini semalam.

Pada masa sama, Fatimah berkata dengan inisiatif yang diwujudkan Prodigy Music Centre dapat menggalakk­an penglibata­n semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama dalam pendidikan muzik.

“Kami di kementeria­n sentiasa proaktif dalam penganjura­n aktiviti berbentuk ilmiah yang mampu mewar- nai dunia pendidikan muzik formal dan pendidikan awal kanak-kanak di Sarawak.

“Tahniah kepada semua yang terlibat menjayakan majlis ini, sumbangan anda menunjukka­n keprihatin­an rakyat Sarawak dalam kesejahter­aan komuniti dan elemen penting dalam pembanguna­n kanak-kanak di negeri ini,” tambahnya.

Hadir sama Konsul Agung Negara Brunei Darussalam Pengiran Kartini Pangiran Tahir, Pengasas merangkap Pengetua Prodigy Music Centre Sharnaz Saberi dan tetamu kehormat lain.

 ??  ?? KENANGAN: Fatimah merakam kenangan bersama peserta Majlis Penyampaia­n Anugerah dan Prodigy Recital di Pustaka Negeri semalam.
KENANGAN: Fatimah merakam kenangan bersama peserta Majlis Penyampaia­n Anugerah dan Prodigy Recital di Pustaka Negeri semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia