Utusan Borneo (Sarawak)

Lima juta orang tiada akses kepada pembedahan

-

dan pembelajar­an khususnya keperluan memenuhi kursuskurs­us yang melibatkan penggunaan Data Raya membole- data dalam memenuhi pasaran pekerjaan masa depan serta mempunyai bakat dan sumber yang mencukupi untuk mem- bangunkan negara seiring dengan matlamat Transforma­si Nasional 2050 (TN50).

Idris berkata pembanguna­n makmal tersebut akan menjadikan sistem pendidikan tinggi di negara ini bergerak seiring dengan aspirasi negara untuk bersaing dengan negara luar dalam melahirkan pakar teknologi maklumat bertaraf global.

Beliau berkata, UiTM menunjukka­n keupayaan untuk melangkah jauh ke hadapan dengan membangunk­an keperluan fizikal bagi menampung lebih ramai lagi anak bumiputera menimba ilmu dan teknologi terkini.

Dalam pada itu, beliau berkata bangunan baharu UiTM Kampus Kota Bharu di Lembah Sireh di sini, dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan peralatan terkini bagi melonjakka­n proses pengajaran dan pembelajar­an.

Kampus tersebut sebelum ini beroperasi lebih 10 tahun di Jalan Sultan Ibrahim di sini, menawarkan program sepenuh masa dan separuh masa untuk memenuhi keperluan masyarakat setempat.

Turut hadir Naib Canselor UiTM Prof Emeritus Datuk Dr Hassan Said dan Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Ahmad Jazlan Yaakub. — Bernama KUALA LUMPUR: Kirakira lima juta orang di seluruh dunia masih tidak mempunyai akses kepada kemudahan pembedahan asas, kata Pakar Bedah Vaskular Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Madya Datuk Dr Hanafiah Harunarash­id.

Dr Hanafiah yang menerima anugerah Felo oleh Kolej Pakar Bedah Amerika Syarikat (ACS) baru-baru ini berkata, isu itu antara topik yang dibincangk­an semasa Kongres Klinikal Tahunan 2017 kolej itu di San Diego, Amerika Syarikat minggu lepas.

“Mereka yang tidak mempunyai akses kepada pembedahan asas ini termasuk rakyat Afrika, serta beberapa penduduk di rantau ASEAN seperti Laos, Kemboja dan Myanmar,” katanya kepada Bernama di sini.

Beliau berkata, walaupun teknologi pembedahan berkembang pesat, masih terdapat ramai orang di seluruh dunia yang tidak mampu mendapatka­n rawatan pembedahan asas yang sama seperti di negara maju.

“Ramai yang terdedah kepada maut akibat penyakit asas yang tidak dirawat, trauma disebabkan rawa- tan dan tidak mempunyai kemudahan pembedahan segera,” katanya.

Justeru, Dr Hanafiah berkata ia adalah tanggungja­wab bersama para pakar bedah di seluruh dunia untuk mencari penyelesai­an masalah ini.

Sementara itu, mengulas mengenai kejayaan terbaharun­ya, beliau berkata anugerah felo itu adalah satu daripada tanggungja­wab besar yang diterima sepanjang berkhidmat dalam bidang ini.

“Saya berharap anugerah ini adalah penghormat­an yang besar buat negara dan mereka yang terlibat dalam profesion ini serta berharap ia dapat memberi galakan kepada pelajar-pelajar saya untuk mencapai kejayaan yang lebih baik,” katanya.

Berpengala­man hampir 20 tahun dalam perubatan, Dr Hanafiah, 50, juga merupakan Presiden Kolej Pakar Bedah, Akademi Perubatan Malaysia; Pengarah Pusat Kemahiran Pembedahan Termaju (ASSC) dan Penasihat Pembedahan Antarabang­sa Royal College of Surgeons di Edinburgh.

Beliau juga adalah rakyat Malaysia pertama menjadi Felo Akademi Perubatan di Singapura pada Julai lepas. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? ALBUM: Syed Faizuddin (tengah) dan Lailatul Shahreen bergambar kenangan bersama para alumni UniMAP pada majlis Apresiasi Jubli Baiduri UniMAP, di Kangar malam semalam.
— Gambar Bernama ALBUM: Syed Faizuddin (tengah) dan Lailatul Shahreen bergambar kenangan bersama para alumni UniMAP pada majlis Apresiasi Jubli Baiduri UniMAP, di Kangar malam semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia