Utusan Borneo (Sarawak)

Jaringan ke-101 dalam Serie A Higuain bantu Juve ‘kubur’ Milan

-

MILAN, Itali: Gonzalo Higuain menjaringk­an dua gol untuk koleksi gol ke- 101 dalam Serie A Itali ketika kelabnya, Juventus, melonjak ke tangga teratas liga dengan menewaskan AC Milan 2-0 Sabtu lepas.

Higuain membuka jaringan pada mini tke-29 di Stadium San Siro dan menjaringk­an gol kedua pada minit ke-63.

Ia meletakkan Juventus di tangga teratas dengan 28 mata dari 11 perlawanan, di hadapan Napoli dengan perbezaan gol.

Napoli boleh merampas kembali pendahulua­n liga jika mengelak kekalahan pada perlawanan lewat menentang Sassuolo sementara Inter Milan – kurang dua mata di belakang Juventus – juga boleh merampas pendahulua­n liga jika menewaskan Verona pada perlawanan hari Isnin dan mengharapk­an Napoli tewas.

“Bermain di San Siro tidak pernah mudah dan Milan adalah musuh tradisi kami. Pada perlawanan seperti ini, prestasi semasa tidak penting,” kata jurulatih Juventus, Massimilia­no Allegri.

“Ia memberikan kami persediaan baik untuk Liga JuaraJuara Selasa ini.”

Bagi Higuain, melepasi gol ke-100 di Itali – selepas melakukan pencapaian yang sama di Sepanyol – adalah balas dendam kerana gol yang tidak dibenarkan sebelum ini.

“Apabila mereka membatalka­n gol ketika menentang SPAL, kami berkata ia adalah takdir saya untuk menjaringk­an gol ke-100 di San Siro! Dan sekarang ia adalah gol ke-101,” kata Higuain.

Milan bermain tanpa kapten pasukan, Leonardo Bonucci, yang melengkapk­an penggantun­gan dua perlawanan tetapi selepas asakan awal pasukan tuan rumah, Juventus mula mengimbang­i permainan dan membuka jaringan apabila Paulo Dybala mengumpan bola kepada Higuain untuk gol liga yang ke-100.

Nikola Kalinic mempunyai peluang terbaik Milan sebelum rehat tetapi rembatan beliau ditepis penjaga gol Juventus, Gianluigi Buffon.

Gol kedua Higuain hadir dari satu pergerakan cantik apabila umpanan Kwadwo Asamoah kepada Dybala, dibiarkan lolos dari celah kakinya kepada Higuain untuk mengeliruk­an Ricardo Rodriguez sebelum merembat ke pintu gol untuk gol liga keenam beliau musim ini.

“Milan mungkin bermula dengan lebih baik tetapi kami adalah pasukan yang hebat dan apabila kami bermain seperti ini, ia sukar untuk menewaskan kami,” kata Higuain — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia