Utusan Borneo (Sarawak)

Kiwi Waititi bawa komedi perkara biasa ke Hollywood

- Oleh Frankie Taggart

DIKENALI umumnya bagi komedi berbajet rendah yang berdaya cipta, Taika Waititi bergurau pada tahun lepas bahawa cerita kembaranya yang lucu dan amat mengharuka­n ‘Hunt for the Wilderpeop­le’ adalah “’The Revenant’ tanpa sebarang wang”.

Jika bunyinya seperti satu putar belit, ia harus dicatatkan bahawa filem cetera keempat Waititi seterusnya menjadi filem buatan tempatan yang mengaut keuntungan paling tinggi dalam sejarah New Zealand, untuk memecah rekodnya sendiri bagi ‘Boy’ pada 2010.

Setahun kemudian, eksport sinematik paling disebut-sebut dari New Zealand selepas Peter Jackson itu bakal mengeluark­an filem cetera pertamanya di Hollywood, selepas diamanahka­n dengan filem ketiga bernilai AS$180 juta (RM774 juta) dalam trilogi ‘Thor’ terbitan Marvel.

“Apa yang bermain dalam kepala kita ialah ‘Okay, Marvel sudah hilang fikiran dan mereka akan meminta sesiapa sahaja membuat filem sekarang’,” kata lelaki Kiwi berusia 42 tahun itu kepada AFP, ketika mengingati saat studio milik Disney itu menghubung­inya.

Reviu awal untuk ‘Thor: Ragnarok’ sebelum ia dikeluarka­n pada 3 November di AS ternyata indah, dan Waititi dipuji umum kerana mengubah apa yang ramai percaya adalah Avenger Marvel yang paling membosanka­n kepada Cary Grant yang suka bergurau senda dalam genre buku komik.

Skrip jauh lebih cenderung bersandar pada kehebatan Chris Hemsworth untuk berlawak, yang entah macam mana terlepas pandang dalam filem-filem sebelum ini, khususnya sekuel arahan Alan Taylor yang berat ‘Thor: The Dark World’ (2013).

“Kita tahu ia ada di sana ketika kita menonton ‘Ghostbuste­rs’ dan dia ada beberapa dialog dalam filem Marvel lain,” kata Waititi.

“Hanya daripada mengenalin­ya, saya fikir, ‘saya menyukai anda lebih daripada versi Thor yang saya pernah lihat dalam filem lain – saya lebih suka melepak bersamanya’.” - ‘Perkara harian’ -

Keupayaan menyampaik­an cerita merupakan sesuatu yang perlu bagi pengarah itu sejak dia bermula dalam filem cetera sedekad lalu, setiap filem baharu dipenuhi dengan watakwatak fantasi yang bersifat realistik.

Dalam ‘What We Do in the Shadows’ (2014), pontianak yang suka membunuh membahagik­an kerja rumah dan serigala jadian bimbang mengenai garis kelepet yang rosak, manakala dalam ‘Ragnarok’ Dewa Petir dan The Hulk bertengkar dan kemudian berdamai semula seperti manamana pasangan suami isteri.

“Kami suka memanggiln­ya komedi perkara biasa. Ia umpama, bagaimanak­ah saya meletakkan semua pelakon ini dan watak ini yang sangat unik, semua sangat berbeza, pada tahap yang sama, dan pada tahap di mana audiens dapat benarbenar memahami mereka?” kata Waititi. “Dan bukannya memahami mereka seperti, ‘Oh, hati saya hancur’ tetapi memahami mereka seperti, ‘Oh, saya mesti cuci pinggan’ – benda yang benar-benar biasa.” Waititi, yang berketurun­an Maori dan Yahudi Rusia, lulus dari Universiti Victoria di Wellington dan terus memasuki industri, mendapat pujian dan perhatian di litar anugerah tempatan sebagai seorang pelakon.

Dia akhirnya beralih ke belakang kamera tetapi berlakon dalam semua filemnya, menyimpan kebanyakan momen paling lucu dalam ‘Ragnarok’ untuk dirinya sendiri sebagai Korg, makhluk asing ‘motion-capture’ yang berkarisma dengan kulit umpama batu. - ‘Set penggambar­an filem paling gembira’ -

Ketika menjalanka­n jelajah promosi mengelilin­gi dunia, barisan pelakon bintang – termasuk Tom Hiddleston, Cate Blanchett, Anthony Hopkins dan Jeff Goldblum – telah bersusah-payah untuk membuat kenyataan mengenai suasana seronok yang digalakkan oleh Waititi.

Blanchett, yang dipilih oleh Waititi untuk menjadi penjahat wanita utama pertama Marvel, menggambar­kan penggambar­an selama 85 hari, kebanyakan­nya di Gold Coast, Australia, sebagai “mungkin set penggambar­an filem paling gembira yang pernah saya sertai”.

Jika profil selebriti baharu Waititi sudah mengubahny­a, maka transforma­si itu hanyalah kosmetik, kata bintang ‘Ragnarok’ Rachel House, seorang lagi warga Kiwi yang pernah berlakon dalam tiga filem Waititi di New Zealand.

“Biasanya kita berlari-lari dalam lumpur dan salji, dan hujan. Jadi ia adalah hebat sekali untuk masuk setiap hari dan melihat Taika memakai sut, dan kasut kulit haiwan Itali,” katanya sambil ketawa.

Waititi berkata dia dapat memastikan yang dia berpijak di bumi nyata sewaktu penggambar­an dengan memberi tumpuan kepada kekuatanny­a - nada, watak, hubungan - dan tidak mempedulik­an “skala raksasa ini, binatang ini.”

“Ia adalah sebuah filem yang amat, amat besar. Dan apa yang mungkin mengganggu tumpuan di set ialah jika kita melihat ke belakang, dan kita lihat 300 orang berdiri di sana,” kata Waititi.

“Saya cuma perlu sentiasa mengingatk­an diri sendiri iaitu apa yang lebih penting ialah apa yang ada dalam segi empat tepat dan, biasanya, ia adalah dua atau tiga orang yang cuba mengingati dialog mereka.” — AFP

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia