Utusan Borneo (Sarawak)

Upacara‘Miring Antu Pala’untuk lebih 25 tengkorak di Muzium Etnologi

-

KUCHING: Upacara‘Miring Antu Pala’ untuk lebih daripada 25 tengkorak yang dipercayai pahlawan perang pada zaman dahulu telah dilaksanak­an di Muzium Etnologi semalam.

Menurut Pengarah Muzium Negeri Ipoi Datan upacara ritual tersebut telah dilakukan oleh ‘ Lemambang Ritual’ Lanting Itar bersama lima pembantu beliau bagi tujuan pemindahan tengkorak tersebut ke tempat baharu.

“Kita harus mengadakan upacara seperti ini sebelum memindahka­n tengkorak lama yang telah disimpan di dalam galeri pameran rumah panjang Iban di dalam bangu- nan muzium lama ini.

“Miring Antu Pala adalah upacara ritual kepada ‘petara’, roh dan nenek moyang untuk mendapatka­n kedamaian di antara dunia roh dan duniawi.

“Ini adalah bagi memenuhi adat kaum Iban pada suatu masa dahulu yang mana sebarang kerja bersangkut-paut dengan pemindahan tengkorak yang telah diperolehi pada zaman dahulu mesti diadakan upacara terlebih dahulu sebelum ia dapat dipegang atau dipindahka­n ke tempat lain.

“Justeru, lebih 25 tengkorak yang terdapat di dalam rumah panjang ini telah diambil semasa pemerintah­an Brooke dari merata tempat dan disimpan di dalam galeri rumah panjang Iban di sini.

“Kerja pemindahan hanya akan dilakukan selepas tempoh tiga hari berpantang,” katanya ketika ditemui pemberita semalam.

Pemerhatia­n perlu dilakukan kerana ia tidak boleh disentuh dan dipercayai mereka yang mengadakan ritual akan mendapat pengkhabar­an melalui mimpi dengan roh daripada tengkorak-tengkorak tersebut.

Pihak muzium bagaimanap­un selepas tiga hari akan memindahka­n tengkorak tersebut ke dalam kawasan storan bagi membolehka­n kerja-kerja membaik pulih bangunan dilaksanak­an.

Ipoi tidak menolak kemungkina­n tengkorak-tengkorak tersebut akan ditempatka­n di kompleks muzium yang sedang dalam pembinaan sekarang.

Muzium Etnologi bagaimanap­un akan dibuka semula kepada pengunjung bermula penghujung 2019 atau awal 2020.

Ia juga telah ditutup kepada pengunjung yang hendak melawat sejak 23 Oktober lepas.

Muzium Etnologi itu kini telah berusia 126 tahun dan merupakan yang tertua di Borneo.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia