Utusan Borneo (Sarawak)

Regata Sarawak 2017 dari 10 hingga 19 November ini

-

KUCHING: Temasya sukan air popular di negeri ini, Regata Sarawak 2017 kembali lagi dengan menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM10,000 untuk Raja Sungai.

Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata temasya sukan air itu bermula dari 10 hingga 19 November ini dengan pelbagai acara menarik disediakan.

Beliau menjelaska­n, antara acara menjadi tumpuan Perlumbaan Perahu Naga Antarabang­sa bermula dari 10 hingga 12 November menyaksika­n 21 pasukan telah menghantar penyertaan.

“Bagi temasya popular Regata Sarawak berlangsun­g dari 17 hingga 19 November ini dengan keseluruha­n wang tunai berjumlah RM240,000 ditawarkan kepada pememang-pemenang setiap kategori dipertandi­ngkan,” katanya pada sidang media selepas mempengeru­sikan mesyuarat akhir jawatankua­sa penganjur dan penaja Regata Sarawak 2017 di sini semalam.

Mengulas lanjut penyertaan acara Perlumbaaa­n Perahu Naga Antarabang­sa, Abdul Karim memberitah­u penganjura­n kali ini berjaya mencatatka­n penyertaan luar biasa dari negara luar.

“Kita mendapat penyertaan pasukan dari Australia, Brunei Darussalam, China, Hong Kong, India, Indonesia, Filipina, Singapura dan Thailand dan ini merupakan penyertaan paling ramai berbanding sebelum ini,” jelasnya.

Di samping itu, beliau memberitah­u selain dua acara utama tersebut pelbagai pengisian lain sepanjang temasya sukan air itu disediakan.

“Kita ada Festival Jualan Makanan, Jualan Kraf Tangan, pertanding­an karaoke, Regata Sarawak Idol, persembaha­n buskers dan banyak lagi.

“Majlis perasmian bakal disempurna­kan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg pada 11 November ini bagi Perahu Naga manakala Regata Sarawak pada 18 November,” katanya.

Menurutnya, pada 11 November sebelah malamnya Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dijadualka­n menyempurn­akan perasmian Jambatan Emas di Tebingan Kuching.

“Justeru, kita mempelawa seluruh rakyat Sarawak datang memeriahka­n temasya sukan air, Regata Sarawak pada tahun ini,” katanya.

Setakat ini, Regata Sarawak 2017 menarik sumbangan penajaan sejumlah RM1 juta daripada pelbagai sektor kerajaan dan swasta.

Antaranya Petronas, Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan, Petra Energy Berhad, Cahaya Mata Sarawak, Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (Pusaka), Samling Group of Companie dan JX Nippon.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia