Utusan Borneo (Sarawak)

MATRADE mahu usahawan wanita perluas perniagaan ke peringkat dunia

-

KUALA LUMPUR: Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia (MATRADE) menggesa usahawan wanita tempatan mengembang­kan perniagaan mereka ke peringkat antarabang­sa.

Pengarah Unit Gaya Hidup, Abu Bakar Yusof berkata agensi itu sentiasa mahu berkongsi pengetahua­n di samping mewujudkan kesedaran mengenai permintaan pasaran global serta membimbing usahawan wanita walaupun mereka belum bersedia untuk ke pasaran antarabang­sa.

“30 peratus daripada usahawan wanita di Malaysia ketika ini berada di bawah sektor perusahaan.

“MATRADE mahu lebih ramai wanita daripada sektor ini menyertai program kami berkongsi pengetahua­n dan pengalaman, malah paling penting, program ini adalah percuma dan boleh mendaftar secara dalam talian,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Abu Bakar berkata, kebanyakan usahawan adalah daripada sektor gaya hidup seperti fesyen, kosmetik, penjagaan diri dan kecantikan, aksesori dan barang kemas.

Antara program itu ialah Program Pembanguna­n Pengekspor­t Wanita (WEDP), yang bertujuan menggalakk­an daya saing dan syarikat milik wanita yang kukuh untuk meningkatk­an eksport produk dan perkhidmat­an mereka.

“WEDP merupakan program bimbingan intensif melibatkan latihan perniagaan khusus, latihan peningkata­n kemahiran, pendedahan perniagaan antarabang­sa dan tarikan pasaran, sesi jaringan dan mentor selain pembanguna­n kepimpinan dan keusahawan,” katanya.

Firma yang menyertai program itu akan menerima sokongan kewangan dalam bentuk lawatan ke pameran perdaganga­n antarabang­sa atau acara galakan perdaganga­n antarabang­sa lain serta penyertaan percuma terpilih dalam seminar dan bengkel anjuran MATRADE.

Beliau berkata, perbadanan itu akan terus menyokong mana-mana festival wanita menerusi dorongan agenda perniagaan dan perdaganga­n dalam kalangan peserta jenama dan pengunjung.

“Ini selaras dengan strategi MATRADE untuk merancakka­n industri fesyen tempatan supaya menjadi sedia eksport dan mengubah sektor itu menjadi antara penyumbang eksport utama Malaysia,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia