Utusan Borneo (Sarawak)

Wartawan Syria maut di Damsyik

-

BEIRUT: Seorang wartawan Syria yang bekerja untuk televisyen propembang­kang terbunuh dalam serangan rejim di wilayah Damsyik kelmarin, lapor rangkaiann­ya dan badan NGO.

Qays al-Qadi, 20-an, bekerja untuk Al- Jisr, rangkaian satelit berpusat di Istanbul yang diasaskan pada 2015 dan menentang rejim Presiden Bashar al-Assad.

Sekeping gambar yang diambil koresponde­n AFP menunjukka­n seorang pemuda terbaring di atas tanah, mukanya berlumuran darah dan sekeping kad media tergantung di lehernya.

Rangkaian menyatakan dalam laman Facebookny­a bahawa Qadi terbunuh dalam pengeboman oleh rejim Assad di Ghouta Timur, kawasan yang ditawan pemberonta­k di timur Damsyik.

Qadi merupakan ketua biro tempatan Al-Jisr, yang disasari sengit tentera prokerajaa­n selama seminggu meskipun telah diiktiraf sebagai zon selamat.

Syrian Observator­y for Human Rights, sebuah badan pemerhati perang yang berpusat di Britain, turut menyatakan wartawan itu terbunuh dalam pengeboman di Ghouta Timur bersama dengan 10 orang awam lain.

Kematian Qadi muncul tiga minggu selepas seorang jurukamera yang bekerja untuk televisyen negara Syria telah terbunuh ketika sebiji periuk api yang ditanam kumpulan Islamic State (IS) meletup di wilayah tengah Homs.

Reporters Without Borders ( RSF) menyatakan pada Mac bahawa 211 wartawan dan wartawan rakyat telah terbunuh dalam peperangan selama enam tahun yang terus mencengkam Syria. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia