Utusan Borneo (Sarawak)

USAHA BANGUN KRIKET TERUS DISOKONG

PKMM berharap PKS dapat menarik lebih banyak sekolah dalam pertanding­an bawah 12 tahun

- Oleh Harry Ilias

KUCHING: Persatuan Kriket Melayu Malaysia ( PKMM) akan terus menyokong Persatuan Kriket Sarawak ( PKS) dalam program pembanguna­n kriket peringkat akar umbi di Sarawak.

Menjelaska­n perkara itu, Presiden PKMM Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid bagaimanap­un berharap PKS dapat menarik lebih banyak penglibata­n sekolah rendah dalam pertanding­an bawah 12 tahun agar pembanguna­n kriket di Sarawak terus berkembang.

Beliau berkata demikian semasa hadir merasmikan penutupan Pertanding­an Kriket Elit Piala Tun Ahmad Sarji di SK Tabuan Hilir semalam.

“Saya berikan cabaran kepada Persatuan Kriket Sarawak. Jika mereka dapat mencapai 25 pasukan bertanding dalam pertanding­an bawah 12 tahun, kita akan sokong penganjura­n pertanding­an bawah 18 tahun di sini,” katanya.

Ahmad Sarji juga memberi jaminan kepada PKS beliau akan terus menyokong persatuan itu selagi mereka terus aktif membangunk­an sukan kriket di Sarawak.

Mengenai pembinaan oval (padang) kriket di sini, Ahmad Sarji berharap kerajaan negeri dapat membina fasiliti itu mengikut piawaian antarabang­sa.

Langkah itu, katanya, perlu bagi membolehka­n Sarawak menjadi tuan rumah kejohanan kriket bertaraf dunia.

“Tahniah kepada kerajaan negeri kerana menyediaka­n tanah untuk membina padang kriket.

“Tetapi jika boleh pembinaan padang kriket hendaklah mengikut standard yang ditetapkan oleh Majlis Kriket Antarabang­sa bagi membolehka­n Sarawak menganjur kejohanan antarabang­sa,” tambah Ahmad Sarji lagi.

Beliau juga percaya kriket di Sarawak akan pergi lebih jauh dengan adanya fasiliti itu kelak.

Sementara itu, Presiden PKS Awang Mahyan Awang Mohammad merakamkan setinggi-tinggi penghargaa­n kepada PKMM kerana terus menyokong program pembanguna­n di Sarawak.

Sebanyak 10 sekolah rendah mengambil bahagian pada kejohanan edisi keempat bermula sejak 24 Oktober iaitu SK Tan Sri Sulaiman Daud (Tasudda), SK Wira Jaya, SK Kpg Senari, SK Bako, SK Gita, SK Tabuan Hilir, SK St David Bumbok, SK Rakyat Tupong, SK Siol Kanan dan SJK Chung Hwa.

SK Tasudda mengesahka­n kejuaraan selepas menjinakka­n SK Tabuan Hilir den- gan kelebihan empat wiket pada perlawanan akhir.

Kemenangan itu membolehka­n SK Tasudda menggondol wang tunai RM400, piala pusingan, piala iringan dan medal.

Manakala SK Tabuan Hilir berpuas hati dengan RM300, piala dan medal.

SK Senari di tempat ketiga dan SK Bako menghuni tempat keempat.

Sementara itu, SK Tasudda meraih tiga anugerah tambahan menerusi Hariz Afnan (Best Batsman), Mohd Fariz Fartulah (Best Bowler) dan Nur Shawalia (Pemain Harapan Wanita).

SK Tabuan Hilir turut merangkul tiga anugerah tambahan melalui Mohd Hykal Basari (Best All Rounder), Nur Dania Suhada ( Best Ladies Award) dan Izzudin Mod Ali (Pemain Harapan Lelaki).

Satu lagi anugerah dimenangi SK Senari ( Farhan Md Farid - Best Wicket Keeper).

Hadir sama Ketua Penolong Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Salina Bujang, Guru Besar SK Tabuan Hilir Normalis Sebli, Penolong Penyelia Sukan PPD Kuching Mohd Rashid Ibrahim, Pengarah Pertanding­an Mohd Badrie Ali Akebar dan Pengerusi Jawatankus­a Pertanding­an Abdul Rahman Ibrahim.

 ??  ??
 ??  ?? RAI BERSAMA: Pemain dan pegawai dari 10 sekolah yang mengambil bahagian merakamkan detik bersama Ahmad Sarji (berdiri tengah) dan Awang Mahyan (enam kanan) selepas majlis berakhir.
RAI BERSAMA: Pemain dan pegawai dari 10 sekolah yang mengambil bahagian merakamkan detik bersama Ahmad Sarji (berdiri tengah) dan Awang Mahyan (enam kanan) selepas majlis berakhir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia