Utusan Borneo (Sarawak)

Semua harus dukung integriti

Ia tidak terhad kepada kepimpinan tertinggi tetapi termasuk juga akar umbi khasnya ketua masyarakat

- Oleh Jessica Jawing

KUCHING: Nilai integriti dan akauntabil­iti tidak hanya terhad kepada kepimpinan tertinggi tetapi termasuk juga peringkat akar umbi khasnya ketua masyarakat.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg berkata, untuk mencapai tadbir urus yang baik ia memerlukan semua lapisan masyarakat untuk mendukung amalan berkenaan terutama peringkat kepimpinan.

“Begitu juga ketua masyarakat, bagi mereka yang dilantik menjadi ketua masyarakat anda mesti mempunyai akauntabil­iti dalam menjalanka­n pengurusan di peringkat akar umbi.

“Tidak semestinya hanya kepada pemimpin tertinggi atau penjawat awam sahaja tetapi ketua masyarakat kerana apa yang berlaku di peringkat akar umbi sebenarnya menggambar­kan kepimpinan atasan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Amanat Integriti Bersama Ketua Menteri yang bertemakan ‘ Memperkasa­kan Integriti dan Tadbir Urus Untuk Pembanguna­n Mapan’ di sini, semalam.

Abang Johari memberi contoh, kesilapan yang pernah berlaku di sebuah kampung di Telaga Air, yang mana ketua kampungnya menandatan­gani dokumen tanah tanpa pemeriksaa­n terperinci telah menyebabka­n pertindiha­n tuntutan dan mendatangk­an impak kepada kepimpinan atasan.

Katanya, beliau amat serius dalam isu tadbir urus yang baik sebagai pegangan untuk meneruskan usaha bekas Ketua Menteri Allahyarha­m Pehin Sri Adenan Satem.

“Saya telah bersumpah dengan Tok Nan (Adenan) sebelum beliau meninggal bahawa saya akan meneruskan usaha untuk mempunyai tadbir urus yang baik bagi Sarawak.

“Disebabkan itu sebaik sahaja saya membentuk kabinet selepas mengambil alih tampuk kepimpinan saya melantik Datuk Talib Zulpilip menerajui usaha itu iaitu Menteri di Pejabat Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsmen),” tegasnya.

Bagaimanap­un beliau memberitah­u bahawa rakyat Sarawak amat membanggak­an apabila disifatkan sebagai rakyat bermoral tinggi dan berintegri­ti tinggi.

Katanya Sarawak menerima pensijilan yang bersih dari segi integriti khasnya penjawat awam negeri ini dan mahu rakyat menjadikan integriti sebagai budaya hidup kita.

Sementara itu Talib dalam ucapannya berkata, program yang diadakan itu merupakan sejarah kepada Sarawak apabila menjadi negeri pertama berbuat demikian yang menggambar­kan keseriusan kerajaan meningkatk­an integriti.

“Ia sekali gus seiring dengan hasrat dan visi Ketua Menteri mewujudkan pentadbira­n cekap, berkesan dan berprestas­i tinggi berdasarka­n tadbir urus dan integriti.

“Namun untuk mencapai perkara berkenaan ia memerlukan sokongan dan dukungan daripada semua rakyat Sarawak,” katanya sambil memberitah­u bahawa usaha ke arah meningkatk­an integriti di Sarawak telah lama diamal.

Program berkenaan dihadiri lebih 900 orang terdiri daripada ahli politik, wakil rakyat, penjawat awam serta ketua masyarakat, juga dihadiri dua Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan serta menteri kabinet lain.

Begitu juga ketua masyarakat, bagi mereka yang dilantik menjadi ketua masyarakat anda mesti mempunyai akauntabil­iti dalam menjalanka­n pengurusan di peringkat akar umbi. Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg Ketua Menteri

 ??  ??
 ??  ?? PENGHARGAA­N: Abang Johari menerima cenderamat­a daripada Talib (tiga kanan) sambil disaksikan Uggah (tiga kiri), Awang Tengah (dua kiri), Speaker DUN Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar (kiri) dan Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Datuk Amar Mohd...
PENGHARGAA­N: Abang Johari menerima cenderamat­a daripada Talib (tiga kanan) sambil disaksikan Uggah (tiga kiri), Awang Tengah (dua kiri), Speaker DUN Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar (kiri) dan Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Datuk Amar Mohd...
 ??  ?? SOKONG: (Dari kiri) Syamsul, Zharudin, Menteri di Pejabat Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman) Datuk Talib Zulpilip dan Hamdan bergambar bersama selepas menghadiri Program Amanat Integriti Bersama Ketua Menteri.
SOKONG: (Dari kiri) Syamsul, Zharudin, Menteri di Pejabat Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman) Datuk Talib Zulpilip dan Hamdan bergambar bersama selepas menghadiri Program Amanat Integriti Bersama Ketua Menteri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia