Utusan Borneo (Sarawak)

Jambatan utama runtuh, 100 terputus hubungan

Jambatan gagal tanggung beban lori pembancuh simen

- Oleh Saleman Senin

Kami tiada pilihan selain mengharapk­an pihak berwajib untuk membantu kami dalam menyelesai­kan masalah yang berlaku. Penduduk

BETONG: Sebuah jambatan kayu yang menghubung­kan 100 penghuni rumah panjang Buluh Antu Padeh ke jalan utama runtuh kerana tidak dapat menanggung beban sebuah lori pembancuh simen yang dalam perjalanan ke tapak projek pembanguna­n di kawasan itu.

Kejadian itu menyebabka­n penghuni 25 pintu rumah panjang berkenaan terputus hubungan kerana tayar lori terperosok dalam runtuhan menyebabka­n jambatan itu tidak dapat dilalui sebarang kenderaan lain.

Menurut salah seorang penduduk, kejadian berlaku sekitar jam 11 pagi kelmarin ketika sebuah lori pengangkut simen dalam perjalanan menghantar bancuhan simen bagi pelaksanaa­n projek wifi di kawasan tersebut.

Ketika melalui kawasan tersebut tiba- tiba laluan papan jambatan itu patah kerana tidak dapat menanggung beban muatan lori dan merosakkan struktur jambatan.

Meskipun usaha untuk menarik keluar lori tersebut sudah dilakukan tetapi jambatan itu ranap dan tidak dapat diguna lagi.

“Kami tiada pilihan selain mengharapk­an pihak berwajib untuk membantu kami dalam menyelesai­kan masalah yang berlaku,” kata seorang penduduk yang dihubungi.

Tambah, tindakan pantas pihak berkenaan umencari jalan alternatif untuk diguna penduduk sehingga jambatan itu dibina semula wajar dipercepat.

 ??  ?? MUSNAH: Keadaan jambatan roboh disebabkan lori pengangkut simen dalam kejadian kelmarin.
MUSNAH: Keadaan jambatan roboh disebabkan lori pengangkut simen dalam kejadian kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia