Utusan Borneo (Sarawak)

RM16j untuk bangun Bandar Baharu Sebuyau

Pembinaan Masjid Sebuyau fasa tiga menelan kos RM6 juta, Chalet Sebuyau RM10 juta

- Oleh Rusnan Mustafa

SEBUYAU: Sebanyak RM16 juta diperuntuk­kan bagi membina kemudahan dalam kawasan Projek Pembanguna­n Bandar Baharu Sebuyau.

Berita gembira itu diumumkan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg pada Majlis Pelancaran Projek Pembanguna­n Bandar Baharu Sebuyau di tapak projek di sini semalam.

Beliau menjelaska­n bahawa peruntukan itu bagi melaksanak­an projek pembinaan Masjid Sebuyau fasa tiga iaitu dengan kos RM6 juta dan projek pembinaan rumah penginapan atau Chalet Sebuyau, sebanyak RM10 juta.

“Projek pembanguna­n Bandar Baharu Sebuyau ini adalah perancanga­n daripada bekas Ketua Menteri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud bagi membangunk­an Sebuyau ini agar ia lebih tersusun dan mempunyai semua kemudahan perkhidmat­an kerajaan.

“Sebab itu saya datang ke sini untuk meneruskan apa yang telah dirancang oleh pemimpin kita terdahulu, pertamanya untuk masjid baharu Sebuyau, saya peruntukan RM6 juta untuk fasa ketiga dan RM10 juta untuk membina Chalet Sebuyau,” katanya ketika berucap pada majlis itu semalam.

Mengulas lanjut mengenai peruntukan itu, Abang Johari berkata, RM6 juta itu akan digunakan bagi menyiapkan fasa ketiga masjid baharu Sebuyau dengan kelengkapa­n penuh yang diperlukan.

“Bagi RM10 juta pula, saya mahu ia digunakan untuk melaksanak­an segera projek pembinaan Chalet Sebuyau agar ia dapat digunakan bukan sahaja pegawai kerajaan tetapi juga orang ramai untuk menginap di Sebuyau ini,” tegasnya.

Menyentuh tentang peruntukan RM1 bilion untuk sekolah daif di Sarawak dalam Bajet 2018 yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, beliau berkata Sekolah Menen-

Projek pembanguna­n Bandar Baharu Sebuyau ini adalah perancanga­n daripada bekas Ketua Menteri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud bagi membangunk­an Sebuyau ini agar ia lebih tersusun dan mempunyai semua kemudahan perkhidmat­an kerajaan. Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg Ketua Menteri

gah Kebangsaan ( SMK) Sebuyau telah disenaraik­an untuk dilaksanak­an di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) di kawasan Projek Pembanguna­n Bandar Baharu Sebuyau.

“Peruntukan yang diumumkan Perdana Menteri akan kita gunakan untuk membina 415 sekolah daif yang sudah ‘nazak’ di seluruh negeri termasuk yang ada di Sebuyau ini,” tambahnya.

Terdahulu, Menteri Muda Jalan Pesisir Datuk Julaihi Narawi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau berkata, di bawah Projek Pembanguna­n Bandar Baharu Sebuyau, ia merangkumi komponen penting seperti masjid, sekolah, klinik kesihatan, bangunan kerajaan, kemudahan untuk usahawan serta kedai konvension­al dan pasar tamu.

“Kita juga telah merancang untuk membina sebuah litar go-kart untuk menjadikan Sebuyau sebagai lokasi tarikan perlumbaan go-kart,” katanya.

Menurutnya lagi, Projek Pembanguna­n Bandar Baharu Sebuyau dilaksanak­an oleh Lembaga Pembanguna­n dan Lindungan Tanah (PELITA) di kawasan seluas 298.51 ekar.

Hadir sama isteri Ketua Menteri Datin Patinggi Datuk Juma’ani Tuanku Bujang, Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Menteri Pembanguna­n Wanita, Kelu- arga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim, Menteri Muda E- Dagang Datuk Mohd Naroden Majais, Ahli Dewan Undangan Negeri Simunjan Awla Dris dan tetamu kehormat lain.

 ??  ?? RASMI: Abang Johari ditemani (dari kanan) Awla, Rohani, Naroden, Awang Tengah dan Julaihi menyempurn­akan upacara pecah tanah Projek Pembanguna­n Bandar Baharu Sebuyau.
RASMI: Abang Johari ditemani (dari kanan) Awla, Rohani, Naroden, Awang Tengah dan Julaihi menyempurn­akan upacara pecah tanah Projek Pembanguna­n Bandar Baharu Sebuyau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia