Utusan Borneo (Sarawak)

Isu bekalan air bersih luar bandar sentiasa jadi perhatian kerajaan

-

SEBUYAU: Isu bekalan air bersih di kawasan luar bandar khususnya di Sebuyau sentiasa menjadi perhatian kerajaan negeri.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg berkata, untuk menangani masalah tersebut kerajaan negeri sedang menjalanka­n kajian bagi melaksanak­an sistem bekalan air grid negeri atau dikenali ‘State Water Grid System’.

Malah, beliau menegaskan bahawa masalah bekalan air di Sebuyau dijangka dapat diselesaik­an dalam tempoh tiga hingga empat tahun lagi menerusi pelaksanaa­n sistem baharu tersebut.

“Apa yang berlaku adalah walaupun kita membangunk­an sistem paip tetapi sumber air kadang-kadang menjadi masalah lebih-lebih lagi kawasan luar bandar seperti Sebuyau ini.

“Kita telah membuat keputusan untuk membuat sistem bekalan air grid negeri dan kajian sedang dijalankan untuk mengetahui sumber air yang bersesuaia­n, mungkin dari empangan sama ada Empan- gan Batang Ai atau Empangan Bengoh untuk kawasan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Pelancaran Pembanguna­n Bandar Baharu Sebuyau di tapak projek di sini semalam.

Abang Johari memberitah­u, ia merupakan perancanga­n jangka panjang untuk mengatasi masalah bekalan air di kawasan luar bandar.

“Pelaksanaa­nnya memerlukan peruntukan yang tinggi, jadi kita mengkaji kaedah pelaksanaa­n kewangan yang terbaik untuk merealisas­ikan perancanga­n ini.

“Kita ada Bank Pembanguna­n Sarawak (DBOS) untuk melaksanak­an perancanga­n ini dan sudah pasti akan memberi manfaat kepada Sebuyau termasuk penduduk di sekitar Sadong Jaya dan Simunjan,” jelasnya.

 ??  ?? ATASI: Abang Johari ditemui pemberita mengulas tentang isu bekalan air di Sebuyau.
ATASI: Abang Johari ditemui pemberita mengulas tentang isu bekalan air di Sebuyau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia