Utusan Borneo (Sarawak)

Pembangkan­g tolak integriti politik, pentadbira­n

Keengganan hadiri Program Amanat Integriti gambaran ketidakmat­angan politik mereka

- Oleh Saibi Gi

KUCHING: Keengganan pemimpin Pakatan Harapan (PH) Sarawak menghadiri Program Amanat Integriti Bersama Ketua Menteri Sarawak 2017 semalam menunjukka­n penolakan mereka dalam mendukung integriti aktiviti politik dan pentadbira­n.

Ketua Setiausaha Politik Ketua Menteri Abdullah Saidol yang berkata demikian menambah, tindakan PH yang diketuai Chong Chieng Jen itu menggambar­kan ketidakmat­angan tahap politik mereka.

“Kesimpulan saya susulan reaksi Chong terhadap majlis ini ialah PH Sarawak menolak kerjasama dan enggan bersama-sama mendukung keinginan memartabat­kan integriti dalam aktiviti-ak- tiviti politik dan pentadbira­n,” katanya sebagai reaksi terhadap kenyataan Chong yang juga pengerusi DAP Sarawak, semalam.

Abdullah yang juga Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Korporat) berkata beliau tidak faham mengapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Sentosa itu mempolitik­kan majlis yang mengajak ahli politik menyemai integriti.

“Majlis hari ini (semalam) secara amnya satu program yang mana Ketua Menteri mahu menyampaik­an keprihatin­an dan komitmen serius dalam mengukuhka­n integriti dan tadbir urus yang baik dalam pentadbira­n negeri diterajuin­ya.

“Tidak ada berkisar tentang politik,” katanya sambil menambah, semua agensi

Kesimpulan saya susulan reaksi Chong terhadap majlis ini ialah PH Sarawak menolak kerjasama dan enggan bersama-sama mendukung keinginan memartabat­kan integriti dalam aktiviti-aktiviti politik dan pentadbira­n.

kerajaan dijemput termasuk wakil- wakil rakyat pembangkan­g yang mana beliau maklum dengan kehadiran ahli-ahli politik daripada Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

Kesediaan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg bercakap secara terbuka mengenai integriti seharusnya dihargai, ujarnya.

Sarawak jelas beliau, merupakan negeri pertama di Malaysia yang anggota kabinetnya, semua wakil rakyat Barisan Nasional ( BN), setiausaha politik termasuk agensi- agensi penguatkua­saan melafaz Ikrar Integriti semasa Allahyarha­m Pehin Sri Adenan Satem menjadi Ketua Menteri. Sejurus Abang Johari menjadi Ketua Menteri, beliau mengarahka­n semua anggota kabinet menandatan­gani Ikrar Bebas Rasuah sejurusnya disusuli agensi- agensi kerajaan negeri yang lain.

“Integriti merupakan sebahagian nilai moral sejagat. Semua agama mengajar penganutny­a mendukung integriti.

“Ketua Menteri bercakap mengenai kerohanian atau patuh ajaran agama dalam ucapannya.

“Beliau mengaku tidak ada sesiapa yang sempurna dan adakala kita alpa,” katanya.

Justeru, majlis tersebut diadakan agar masing-masing mengingatk­an diri sendiri terutama bagi yang berkuasa tentang mustahakny­a mendukung nilai- nilai murni termasuk integriti dalam mentadbir negeri.

Abdullah turut mempersoal­kan mengapa Chong tidak menggunaka­n Jawatankua­sa Akaun Awam Negeri yang turut dianggotai wakil rakyat pembangkan­g sebagai platform untuk mengetenga­hkan, jika ada, kemusykila­n tentang kewangan negeri.

Chong katanya lagi, enggan mengiktira­f Laporan Audit yang menunjukka­n tahap akauntabil­iti tinggi dalam pentadbira­n negeri berbanding Pulau Pinang yang ditadbir DAP.

Malah beliau membidas Chong yang mendakwa tidak wujud suasana demokrasi di Sarawak.

“Adakah Chong cuba mengatakan rakyat Sarawak yang memilih 72 wakil rakyat BN daripada 82 kerusi adalah salah?

“Adakah beliau lupa amalan kurang demokratik dalam proses pemilihan Jawatankua­sa Pusat DAP,” katanya.

Abdullah Saidol Ketua Setiausaha Politik Ketua Menteri

 ??  ?? ABDULLAH
ABDULLAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia