Utusan Borneo (Sarawak)

Kerjasama, sokongan ibu bapa bersama pendidik penyumbang kepada kecemerlan­gan anak-anak

-

KOTA SAMARAHAN: Kerjasama dan sokongan ibu bapa bersama warga pendidik menjadi faktor penyumbang kepada kecemerlan­gan prestasi anak-anak di sekolah, kata Ahli Parlimen Kota Samarahan Rubiah Wang.

Menurut beliau, dahulu sekolah di bahagian Samarahan, antara sekolah yang kurang cemerlang dalam bidang akademik.

“Namun sejak lima tahun kebelakang­an ini, pencapaian sekolah-sekolah di bahagian Samarahan dilihat amat mem- banggakan malah merupakan yang terbaik di negeri ini.

“Ini semua hasil kerjasama padu dan komitmen ibu bapa bersama warga pendidik selain usaha gigih anak-anak untuk mencapai kejayaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Graduasi Pelajar Tingkatan Enam Daerah Samarahan Ke-Empat membabitka­n empat sekolah menengah di kawasan Kota Samarahan di sini, semalam.

Empat sekolah itu ialah Se- kolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mura Tuang, SMK Kota Samarahan, SMK Wira Penrissen dan SMK Asajaya yang dihadiri 392 pelajar.

Rubiah berkata, beliau memberi sokongan penuh kepada warga sekolah untuk membantu meningkatk­an sistem pendidikan di bahagian Samarahan ini.

“Ia selari dengan visi Kota Samarahan sebagai kota ilmu yang bukan sahaja dilengkapi dengan infrastruk­tur pendidikan malah mampu melahirkan warga kreatif dan inovatif,” katanya.

Justeru katanya, warga pendidik serta ibu bapa disaran sentiasa komited melaksanak­an apa jua aktiviti yang dapat memberi faedah kepada pembelajar­an anakanak mereka.

Pada majlis itu, Rubiah turut menyumbang dana RM15,000 untuk pelaksanaa­n majlis seumpama itu kepada empat sekolah menengah berkenaan dan RM200 setiap seorang kepada penerima Anugerah Tokoh Pelajar Sri Samarahan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia