Utusan Borneo (Sarawak)

IPD Kota Samarahan juarai Anugerah Balai Polis Cemerlang Kategori A

-

KOTA SAMARAHAN: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Samarahan menjuarai Anugerah Balai Polis Cemerlang Kategori A bagi Kontinjen Sarawak.

Dengan anugerah tersebut, IPD Kota Samarahan dinilai bagi pemilihan ke peringkat kebangsaan, Anugerah Balai Polis Cemerlang Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (YPJM) 2017.

“Tahniah IPD Kota Samarahan yang telah menjuarai Balai Polis Cemerlang Kategori A bagi Kontinjen Sarawak dan dinilai bagi pemilihan peringkat nasional Anugerah Balai Polis Cemerlang YPJM 2017.

“Syabas kepada semua warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kota Samarahan serta masyarakat setempat yang sentiasa memberi sokongan padu dalam menjadikan kawasan ini terus maju dan cemerlang,” kata Ahli Parlimen Kota Samarahan menerusi kenyataan media di sini semalam.

Majlis penilaian yang dijalankan kelmarin di IPD Kota Samarahan disempurna­kan oleh Naib Pengerusi YPJM Datuk Kamaruddin Md Ali bersama barisan panel yang lain.

Turut hadir pada majlis itu kelmarin, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Muara Tuang Datuk Idris Buang dan Ketua Polis Daerah Kota Samarahan Lee Chong Chern.

“Diharap dengan komitmen semua pihak termasuk masyarakat di sekitar Kota Samarahan yang hadir dapat memberi suntikan semangat agar Balai Polis Samarahan mampu terpilih sebagai Balai Polis Cemerlang peringkat kebangsaan, Insya- Allah,” ujar Idris.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia