Utusan Borneo (Sarawak)

Senari Synergy Sdn Bhd bukan sebahagian syarikat ASSAR Senari Holdings Sdn Bhd

-

KUCHING: Persepsi masyarakat terhadap Senari Synergy Sdn Bhd sebagai sebahagian daripada syarikat ASSAR Senari Holdings Sdn Bhd perlu dikikis dalam usaha memperkuku­h lagi syarikat di pasaran tempatan.

Pengarah Urusan Kumpulan Senari Synergy Sdn Bhd Jefri Ahmad Tambi berkata, sering kali malah sehingga sekarang, masyarakat beranggapa­n syarikat itu merupakan sebahagian daripada syarikat ASSAR Senari Holdings Sdn Bhd.

“Kita bukan sebahagian daripada syarikat (ASSAR Senari Holdings Sdn Bhd) itu. Kita sebenarnya adalah syarikat baharu yang memberi keutamaan kepada pemban- gunan, operasi, pengurusan dan penyelengg­araan kemudahan pelabuhan khususnya minyak dan gas, petrokimia dan perkhidmat­an berkaitan oleokimia,” jelas beliau.

Sehubungan itu, Jefri mohon agar para pengamal media membantu mengubah persepi sekali gus memberi kesedaran kepada masyarakat berhubung perkhidmat­an syarikat terbabit.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penghargaa­n Senari Synergy Sdn Bhd Bersama Media yang dihadiri lebih 20 pengamal media tempatan di sebuah hotel terkemuka di sini, semalam.

Jefri harap Senari Synergy Sdn Bhd akan terus mendapat kerjasama dan sokongan padu daripada pengamal media tempatan dan elektronik untuk menyalurka­n maklumat mengenai peranan dan fungsi syarikat terbabit.

“Besarlah harapan kita agar kerjasama dan sokongan ini dapat diteruskan supaya matlamat untuk mentransfo­rmasikan syarikat ini terus diiktiraf dan dikenali menjelang tahun 2020,” katanya.

Dalam pada itu, beliau merakamkan penghargaa­n kepada media tempatan dan elektronik atas usaha dan kerjasama mereka menguaruar­kan apa jua aktiviti atau program yang dilaksanak­an oleh syarikat itu kepada orang ramai.

 ??  ?? TERIMA KASIH: Jefri menyampaik­an ucapan pada Majlis Penghargaa­n Senari Synergy Sdn Bhd Bersama Media di Kuching, semalam.
TERIMA KASIH: Jefri menyampaik­an ucapan pada Majlis Penghargaa­n Senari Synergy Sdn Bhd Bersama Media di Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia