Utusan Borneo (Sarawak)

PAS Sarawak sokong pendekatan KM menitikber­atkan nilai integriti tinggi

-

KUCHING: Parti Islam Se Malaysia ( PAS) Sarawak menyambut baik pendekatan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg yang menitikber­atkan nilai integriti tinggi dalam usaha berterusan memacu Sarawak lebih maju.

Pengarah Lajnah Penerangan dan Media PAS Sarwak Syamsul Bahri Mohd berkata integriti merupakan alat ‘pengawal’ untuk membangunk­an sesebuah negara dan masyarakat.

Dalam pada itu beliau mencadangk­an agar kerajaan Ba- risan Nasional (BN) berhenti menggunaka­n jentera kerajaan semasa kempen pilihan raya sebagai bukti kerajaan BN benar-benar komited menjadikan integriti amalan penting dalam pentadbira­nnya.

“Sekarang terpulang kepada mereka (kerajaan BN) untuk memastikan ‘orang’ berintegri­ti tinggi. Semua orang boleh melakukann­ya kalau kerajaan BN berhenti bermain politik wang.

“Jadi dengan Program Amanat Integriti Bersama YAB Ketua Menteri diadakan hari ini (semalam), semua pering- kat (pentadbira­n) mempunyai gambaran jelas mengenai integriti,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas penganjura­n Program Amanat Integriti Bersama YAB Ketua Menteri di sebuah hotel di sini semalam.

Syamsul menambah, kerajaan BN negeri seharusnya mengemukak­an laporan perbelanja­an bajet dan maklum balas masyarakat mesti diambil kira.

“Laporan itu harus telus dan mudah diakses oleh umum,” katanya.

Beliau bersama Timbalan Pesuruhjay­a PAS Sarawak Zulkifli Ramzi, Pengarah Pilihan Raya PAS Sarawak Zharudin Narudin dan Penolong Setiausaha PAS Sarawak Hamdan Sani antara yang hadir pada Program Amanat Integriti Bersama YAB Ketua Menteri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia