Utusan Borneo (Sarawak)

Badan bebas antara anggota jawatankua­sa siasat pelepasan sitaan balak, jentera berat

-

KUCHING: Badan bebas antara yang akan menganggot­ai jawatankua­sa bagi mengendali­kan siasatan berhubung pelepasan sitaan kayu balak serta jentera berat yang bernilai jutaan ringgit di Bintulu baru-baru ini.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg berkata, jawatankua­sa yang juga disertai jabatan hutan itu akan melibatkan badan bebas daripada unit keselamata­n Jabatan Ketua Menteri.

“Kita biarkan ia disiasat terlebih dahulu dan kita menubuhkan jawatankua­sa yang diserta jabatan hutan dan badan bebas iaitu di mana kita mempunyai unit keselamata­n di Pejabat Ketua Menteri.

“Mereka ini yang akan membantu melakukan siasatan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Program Amanat Integriti Bersama Ketua Menteri di sini, semalam.

Sementara itu Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan ketika ditemui pada majlis yang sama berkata, beliau telah mengarahka­n agensi melakukan siasatan terhadap isu berkenaan.

Beliau yang juga Menteri Pembanguna­n Bandar dan Sumber Asli Kedua berkata malahan beliau mahu Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengendali­kan siasatan itu.

“Saya melihat perkara ini dengan serius dan saya baharu sahaja menerima maklumat berkaitan ini. Saya telah mengarahka­n pihak berkuasa berkaitan menyiasat.

“Saya mahu SPRM mengendali­kan siasatan mengenai perkara ini,” katanya.

Awang Tengah yang juga pengerusi jawatankua­sa antipembal­akan haram negeri memberitah­u, jawatankua­sa itu terdiri daripada pelbagai agensi termasuk SPRM sendiri.

“Saya berharap siasatan dijalankan secepat mungkin,” tegasnya.

Sebelum ini laporan akhbar Borneo Post yang bertajuk ‘Puzzled over release of seized logs, machinery worth millions’ bertarikh 1 November menyatakan Pengarah Jabatan Hutan Sarawak (JHS) Sapuan Ahmad mengesahka­n kayu dan jentera yang dirampas semasa serbuan yang didakwa pembalakan haram telah dilepaskan.

Menurut artikel berkenaan, pada Ogos satu serbuan bersama sebuah syarikat dan Sarawak Forestry Corporatio­n ( SFC) berjaya merampas kayu balak haram serta jentera berat yang dianggarka­n bernilai RM7 juta di Bintulu.

Ketika dihubungi pada minggu lepas, Sapuan mendedahka­n bahawa sebuah jawatankua­sa yang ditubuhkan untuk menyiasat kes telah mencapai kesimpulan bahawa tiada kes terhadap syarikat-syarikat yang beroperasi di kawasan tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia