Utusan Borneo (Sarawak)

Jawatankua­sa giat cari penyelesai­an isu Pemakai Menoa dan Pulau Galau

-

KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg percaya jawatankua­sa Pemakai Menoa dan Pulau Galau giat dalam usaha mencari penyelesai­an serta perbincang­an mengenai isu berkenaan.

Katanya beliau telah memberi mandat kepada Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas selaku pengerusi jawatankua­sa berkenaan dalam menyelesai­kan perkara itu.

“Saya tidak boleh mengulas lanjut (perhimpuna­n aman tanah NCR)… saya telah memberi mandat kepada Datuk Amar Uggah sebagai pengerusi.

“Mereka sedang berusaha ke arah itu di mana mereka berbincang bersama pemimpin masyarakat. Ia memakan masa,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Amanat Integriti Bersama Ketua Menteri di sini, semalam.

Abang Johari berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perhimpuna­n aman tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) yang bakal diadakan pertubuhan bukan kerajaan iaitu Persatuan Dayak Iban Sarawak (SADIA) pada 13 November ini.

Perhimpuna­n berkenaan diadakan ketika Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) yang berlangsun­g dari 8 hingga 17 November ini.

Setiausaha Agung SADIA Nicholas Mujah pada satu sidang media sebelum ini berkata, perhimpuna­n tersebut adalah untuk menuntut pindaan Bab 58 Kanun Tanah Sarawak.

Selain itu katanya, ia bagi menuntut pengiktira­fan Pemakai Menoa dan Pulau Galau.

Sementara itu Uggah yang juga Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah pada satu majlis 12 Oktober lepas berkata jawatankua­sa sedang mendapatka­n input daripada semua etnik yang terlibat.

Kata beliau, pihaknya menerima banyak cadangan daripada pelbagai pihak sehingga kini dan kebanyakan daripada mereka telah mengadakan perbincang­an dan mengemukak­an memorandum untuk dikaji.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia